Panduan Menaiki Keretapi Sabah


Mungkin tak ramai yang tahu, di Sabah terdapat laluan keretapi sepanjang 134 kilometer yang menghubungkan bahagian pantai barat dan bahagian pedalaman negeri tersebut. Pengangkutan ini dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan rel yang beroperasi di Pulau Borneo. Setakat ini, laluan keretapi ini mempunyai 15 stesen yang bermula dari Sembulan (juga disebut Sekretariat) di Kota Kinabalu sehingga ke Tenom.

Perkhidmatan keretapi di Sabah sebenarnya telah wujud sejak zaman pemerintahan British North Borneo Company (BNBC) lagi. Landasan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1896 bermula dari Sungai Bukau di utara Beaufort ke selatan di Pelabuhan Weston yang bertujuan untuk mengangkut hasil tembakau dari kawasan pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport.

Kepentingan keretapi di Sabah justeru telah mewujudkan pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar, Kinarut, Putatan dan lain-lain yang telah membangun di sepanjang laluan keretapi tersebut.

Laluan keretapi Sabah. Stesen Weston dan Melalap masih belum dibuka dan akan diberitahu kelak

Perkhidmatan keretapi ini juga menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan sekaligus antara penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi negeri.

Begitupun, keretapi yang menjadi impian bagi para pengembara ke Sabah bukanlah keretapi yag beroperasi dari Tanjung Aru ke Beaufort kerana laluan ini sudah menggunakan koc baharu yang berhawa dingin, tetapi keretapi dari Beaufort yang menuju Tenom kerana ia masih lagi beroperasi dengan menggunakan gerabak lama dan ramai yang menyebutnya sebagai heritage train. Gerabak keretapi ke Tenom juga tidak panjang, hanya menggunakan dua gerabak penumpang yang ditarik oleh locomotive. Tempat duduknya terhad, selebihnya hanya lantai kosong sahaja. Salah satu sebab ada ruangan lantai kosong adalah kerana penduduk setempat kebiasaanya akan membawa pelbagai jenis barangan menaiki keretapi ini, termasuk kayak selain barangan runcit terutama pada Hari Tamu (pasar mingguan) di Tenom, yang membuatkan perut gerabak ini penuh dan sesak.

Jadi di antara koc baru dan lama, yang manakah pilihan anda? Atau anda mahu menaiki keduanya? Jom aku kongsikan informasi serta panduan buat anda yang bercadang mahu merasai pengalaman menaiki keretapi apabila berkunjung ke Sabah kelak.

Koc baru yang beroperasi dari Beaufort ke Sembulan

Ruang dalam yang lengkap berhawa dingin

Jadual Perjalanan

Keretapi Sabah biasanya beroperasi pada setiap hari termasuk hari Sabtu, hari Ahad, dan hari cuti pelepasan am. Sebelum anda merancang perjalanan dengan keretapi ini, jadual jam pelepasan adalah hal yang perlu diberikan perhatian kerana terdapat 3 jadual yang belainan berdasarkan hari. Jadi sebaiknya rancang dahulu perjalanan anda dengan meneliti waktu keretapi bertolak. 

Keretapi Sabah tidaklah selaju seperti sistem pengangkutan rel di Lembah Klang. Ianya sangat berbeza. Jadi anda tidak boleh meletakkan ekspektasi yang tinggi untuk perkhidmatan keretapi Sabah. Keretapi ini hanya mempunyai kelajuan rata-rata 50-70 km/h sahaja. Jadi sekiranya anda ingin cepat sampai ke destinasi, maka perkhidmatan keretapi ini tidak sesuai untuk anda. Always expect the unexpected. Apa saja kemungkinan boeh berlaku di sepanjang perjalanan ini.

Untuk pengetahuan anda, keretapi yang bertolak dari Tanjung Aru tidak ada yang direct menuju ke Tenom. Keretapi dari Tanjung Aru akan berlepas pada jam 7.45 pagi dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba di Beaufort di mana di sana kita perlu mengambil keretapi lain menuju Tenom yang bertolak pada jam 1.30 petang. Sebenarnya ada yang lebih awal, iaitu pada jam 7.50 pagi, tapi sekiranya anda datang dari Kota Kinabalu, maka memang tak sempatlah untuk mendapatkan keretapi pagi itu.

Berikut adalah jadual keretapi Sabah:


Jadual keretapi menuju Tenom

Jadual keretapi menuju Kota Kinabalu (Sembulan)

Ini merupakan jadual perjalanan dan harga tiket dari Tanjung Aru ke Tenom secara ringkas;

Tambang Tanjung Aru – Beaufort: RM4.80
Tambang Beaufort – Tenom: RM2.75
Jumlah tambang pergi & balik: RM15.10

Perjalanan Tanjung Aru - Beaufort: bertolak 7.45 am, tiba 9.40 am
Masa menunggu keretapi berikutnya: 4 jam
Perjalanan Beaufort - Tenom: bertolak 1.30 pm, tiba 3.30 pm

Jadual perjalanan Tenom - Beaufort: 7.30 am atau 1.00 pm
Jadual keretapi Beaufort - Tanjung Aru: 5.00 am atau 11:00am (hanya 2 masa ini sahaja)

Berdasarkan penerangan di atas, anda pasti sedar bahawa ianya mustahil untuk kita pergi ke Tenom dari KK dan pulang semula ke KK pada hari yang sama dengan pengangkutan ini. Jika anda ingin kembali ke kota kinabalu (KK), ada satu alternatif lain iaitu menaiki bas Sipitang Express dari Beaufort ke KK pada jam 3.30pm. Tambang bas berharga RM12. Justeru semasa aku di KK, aku telah merangka 3 plan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu;

  1. Naik train di stesen Tanjung Aru - 7:45 pagi > tiba di stesen Beaufort - 9:40 pagi > Next train Beaufort ke Tenom -1:30 petang > Sampai stesen Tenom - 3:55 petang. [Perlu bermalam di Tenom]
  2. Naik bas dari KK ke Beaufort (anggaran perjalanan 1 jam 45 minit) > naik train jam 7.50 pagi ke Tenom dan pulang semula ke Beaufort dengan train jam 1 petang. [Pulang ke KK dengan bas]
  3. Naik bas pagi dari KK ke Tenom (anggaran perjalanan 3 jam) > naik train jam 1 petang dari Tenom ke Beaufort. [Pulang ke KK dengan bas]
Selepas berkira-kira dengan bajet dan masa, aku memutuskan untuk memilih plan yang pertama memandang aku travel tanpa sebarang itinerari dan tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang ke KK pada hari yang sama. Ini sekaligus membolehkan aku memiliki masa yang cukup untuk meneroka pekan Beaufort dan Tenom menerusi perjalanan ini.

Namun semua perancangan aku gagal apabila diberitahu bahawa perkhidmatan keretapi dari stesen Beaufort ke Tenom telah digantung buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan landasan yang sedang dilakukan. Hampa sekali, tetapi perjalanan tetap harus dinikmati. lalu aku hanya membeli tiket return dari Tanjung Aru ke Beaufort sahaja.

Menikmati panorama pekan lama di persisir Sabah dari kaca jendela

Menurut keluhan orang tempatan, laluan keretapi yang menghubungkan Beaufort dan Tenom memang kerap terganggu akibat faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, dan sebagainya terutama pada musim tengkujuh. Jadi sekiranya berlaku gangguan, maka tidak akan ada perkhidmatan keretapi ke Tenom. Kalau ada pun mungkin tidak sampai ke Tenom, kereta api hanya akan beroperasi separuh perjalanan sahaja untuk membawa penumpang ke stesen-stesen yang tidak terjejas sebelum berpatah balik ke Beaufort.

Jadi nasihat aku di sini, anda perlu sentiasa mengikuti Page Facebook atau Website Jabatan Keretapi Negeri Sabah untuk mengetahui status terkini laluan keretapi supaya tidak kecewa seperti aku yang gagal untuk merasai pengalaman menaiki heritage train ke Tenom. Menurut petugas kaunter tiket, tempoh yang diambil untuk membaiki landasan biasanya mengambil masa kira-kira seminggu atau lebih. 

Fasiliti dan sistem tiket

JKNS telah menjalankan pelbagai usaha untuk menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada. Keretapi Sabah telah dijenamakan semula sejak 2011 agar setanding dengan perkhidmatan rel di semenanjung Malaysia. Antara fasiliti yang disediakan adalah termasuk sebuah stesen moden seperti di Tanjung Aru. Namun tiket hanya boleh dibeli sebelum keretapi bertolak. Contohnya jika keretapi dari Tanjung Aru bertolak pada jam 7.45 am, anda perlu berada di sana sekurang-kurangnya 15-20 minit lebih awal. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebaiknya sebelum keluar dari tempat penginapan di KK bagi mengelakkan kaunter tiket ditutup. Hari biasa dari Isnin hingga Jumaat pula tidak sama jadualnya dengan Sabtu dan Ahad.

Pembelian tiket di stesen Tanjung Aru

Tiket return ke Beaufort

The North Borneo Railway

Ini merupakan salah satu daripada beberapa buah vulcan steam train yang masih beroperasi di muka bumi. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan Sutera Harbour dan hanya beroperasi bagi tujuan pelancongan sahaja. Keretapi stim ini bergerak dari Kota Kinabalu ke Papar, melintasi Putatan, Kinarut, dan Kawang. Keseluruhan perjalanan pergi dan pulang mengambil masa kira-kira 4 jam sekaligus membolehkan penumpang menikmati pemandangan landskap yang spektakular di bahagian pantai dan luar bandar Sabah.

Koc klasik North Borneo Railway

Untuk pengetahuan anda, keretapi ini hanya diminati oleh pelancong asing sahaja memandangkan harga tiketnya yang agak mahal, iaitu RM358.50 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Harga tiketnya adalah beserta makanan yang disediakan untuk sarapan dan makan tengah hari di dalam koc yang klasik namun mewah. Kebanyakan veteran perang amat meminati menaiki keretapi ini bagi mengimbau kenangan lama. Pada zaman penjajahan British dahulu, keretapi ini cuma dinaiki oleh pegawai-pegawai tinggi British dan keluarga mereka manakala orang-orang tempatan pada ketika itu hanya bekerja sebagai petugas keretapi. Oleh itu, para pelancong yang menaiki keretapi ini kini dapat merasai pengalaman menjadi 'sir' dan 'madam' pada zaman kolonial.

Perkhidmatan keretapi ini hanya beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh hubungi pihak Sutera Harbour di sini.

Kepentingan Keretapi di Sabah

Aku melihat keretapi Sabah boleh menjadi sumber pendapatan negeri, jika kerajaan dapat menumpukan untuk membangun jaringan rel yang lebih luas. Keretapi Sabah mempunyai nilai signifikan dalam usaha untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Seperti Lebuhraya Pan-Borneo, tidak mustahil landasan keretapi Trans-Borneo juga boleh diwujudkan bagi menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan wilayah Kalimantan di Indonesia memandangkan Indonesia juga sedang membangun jalur keretapi di sisi mereka. Ini secara tak langsung dapat memangkin sumber pendapatan rakyat dan sumber pendapatan negeri dan malah negara secara amnya.

Jika dilihat dari kaca mata pelancong atau pengembara, menaiki keretapi itu dapat memberikan pengalaman yang mengujakan apabila dibawa merentasi laluan berliku sepanjang tebing Sungai Padas dan celah Banjaran Crocker.

Keretapi mengambil penumpang di Stesen Papar

Jambatan rel Papar

Bagi pengemar sukan lasak, perkhidmatan keretapi ini adalah salah satu pengangkutan penting untuk menuju ke destinasi berkayak yang popular di Sabah iaitu di jeram Sungai Padas yang terletak di Kampung Pangi, Tenom.

Selain itu, bahagian pedalaman Sabah seperti daerah Tenom, perkampungan di sepanjang tebing Sungai Padas, dan daerah Beaufort amat bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan ini bagi melakukan pelbagai urusan. Apakah tiada alternatif lain untuk ke Tenom dari Beaufort? Jawapannya ada. Dari Beaufort ke Tenom memang ada jalan darat jika kita ingin menaiki kereta mahupun bas tetapi buat masa ini belum ada lagi jalan darat yang menghubungkan Beaufort dengan kampung-kampung kecil yang terdapat di sepanjang laluan keretapi ini.

Lalu pengangkutan inilah yang memudahkan urusan penduduk setempat serta membantu anak-anak desa pedalaman untuk pergi ke sekolah sekaligus mengurangkan kadar keciciran murid sekolah. Tambahan pula ia juga menjadi nadi penting untuk mengangkut hasil pertanian, bahan binaan dan pelbagai barangan penduduk di samping menjadikan hari tamu sebagai hari penting untuk penduduk menggunakan pengangkutan ini bagi membawa hasil pertanian keluar dari desa untuk dijual kepada penduduk lain yang ingin membeli keperluan harian mereka.

Itu saja informasi yang boleh aku kongsikan buat masa ini, semoga tulisan ini bermanfaat buat anda yang merancang untuk menaiki keretapi Sabah kelak!


Laluan keretapi Sabah

Gerabak lama

Koc baru mempunyai kelajuan maksimum sehingga 80 km/h

Gajet-gajet yang Bersama Aku Sewaktu Mengembara


Di zaman yang serba-serbi teknologi ini, gajet bukan lagi sesuatu yang asing bagi setiap orang yang punya hobi bercuti dan melancong. Ia bukan hanya untuk memberikan kemudahan di saat mengembara namun kenyamanan juga merupakan suatu hal yang patut dipertimbangkan.

Selama ini gajet yang bernama smartphone adalah salah satu benda yang banyak membantu kita dalam meringankan beberapa pekerjaan. Kita justeru tidak dapat lepas dari alat elektronik tersebut sehari-hari. Begitupun, gajet pengembara millenium bukan hanya tentang smartphone sahaja. Ada banyak lagi jenis gajet yang kini trending di kalangan para pejalan. Beberapa di antaranya adalah sangat berguna buat aku sendiri yang kerap travel sejak dulu.

Tentu saja, dengan adanya gajet yang menemani aku ketika mengembara di tempat orang, maka perjalanan itu semakin terasa mudah dan pastinya menjadi lebih menyeronokkan. Oleh sebab itu, kalau korang juga gemar berjalan, maka suka aku nak kongsikan beberapa gajet yang selalu aku bawa bersama dan mungkin juga berbaloi untuk korang dapatkan.

Check this out!

1. Single Axis Gimbal

Ciri-ciri:

  • Teknologi anti-gegar untuk menstabilkan setiap momen indah
  • Tak perlu memuat turun sebarang aplikasi, tidak perlu melaraskan parameter, mempunyai keseimbangan automatik dengan hanya satu klik
  • Bukan hanya berfungsi sebagai gimbal malah boleh bertindak sebagai tripod dan selfie stick 
  • Bateri berkapasiti 450mah dan mampu beroperasi secara berterusan sehingga 3 jam
  • Boleh berputar 360 darjah untuk merakam video secara mendatar mahupun menegak

Saiznya kecil dan boleh dimuatkan ke dalam poket

Juga bertindak sebagai tripod

Dilengkapi dengan teknologi penstabilan pintar


Dapatkan di Lazada


2. PVC Shoe Cover

Ciri-ciri:

  • Diperbuat daripada PVC yang nipis dan lembut untuk memberikan pengalaman pemakaian yang selesa
  • Tapak getah yang tebal dan tahan lama dengan corak tayar untuk memberikan rintangan gelincir yang lebih baik
  • Sesuai untuk mengelakkan kasut daripada basah dan kotor ketika di dalam hujan, salji, lumpur, atau padang pasir
  • Mudah dibawa dan disimpan - ia lembut dan ringan, boleh dilipat dan mudah diselit ke dalam beg atau poket
  • Dibuat daripada bahan bukan toksik dan tentunya mesra alam!

Tapak getah yang bercirikan anti gelincir

Bagi aku yang biasanya travel dengan kasut sukan, shoe cover ini sangat berguna ketika aku berjalan meredah salji

Ia begitu convenient dan mudah diselit ke dalam backpack


Dapatkan di Lazada


3. Golden Wolf Phase Ultra Light Backpack

Ciri-ciri:

  • Original dan mempunyai 101 hari jaminan
  • USB port yang menyokong pengecasan pantas 2.0
  • Kapasiti besar - mempunyai lebih daripada 10 compartment
  • Heat-release material - mencegah bau peluh
  • Kalis air, namun bukan untuk hujan yang telalu lebat
  • Penyandang yang mampu menyokong bebanan sehingga 14 kilogram

Backpack ini membantu aku travel secara minimalis namun dalam masa yang sama mampu memuatkan begitu banyak barangan dan pakaian

Mempunyai ruang untuk pakaian dan barangan digital

Mempunyai zip tambahan untuk menambah kapasiti


Dapatkan di Lazada


4. Motion Sickness Band

Ciri-ciri:

  • Meredakan rasa loya ketika melakukan perjalanan berat terutama di kawasan pergunungan
  • Tiada kesan sampingan
  • Tidak menyebabkan mengantuk
  • Alternatif bagi mencegah motion sickness selain pengambilan pil 
  • Juga berkesan untuk melegakan morning sickness

Satu saiz, muat untuk semua pengguna


Dapatkan di Lazada


5. Toshiba Canvio Basics Portable HDD USB 3.0

Ciri-ciri:

  • Pemindahan data yang pantas dengan port USB 3.0
  • Mudah digunakan seperti pendrive
  • Bentuk yang kecil, ringan dan tahan lasak
  • Direka mengikut piawaian kelas dunia Toshiba serta dilengkapi dengan jaminan satu tahun daripada Toshiba Malaysia
  • Mempunyai 3 pilihan storan: 500GB, 1TB, dan 2TB

Saiznya cukup kecil dan ringan

Dengan adanya portable HDD, memori smartphone aku tidak lagi dipenuhi dengan ribuan gambar travel yang lama


Dapatkan di Lazada


6. Hohem iSteady X 3-axis Gimbal

Ciri-ciri:

  • Dengan berat yang hanya 259gram, ia merupakan gimbal paling ringan di dunia
  • Dilengkapi dengan sistem motor DC yang dipertingkatkan dengan teknologi algoritma anti-gegar iSteady 3.0
  • Mod detik untuk transisi secara automatik, muzik, filter, dan effects lain untuk mencipta video sinematik dengan kemahiran profesional
  • Teknologi penjejakan muka pintar dan algoritma pengecaman AI
  • Reka bentuk khusus yang inovatif, membolehkan kita memegang gimbal secara terbalik dan telefon pintar akan berputar secara automatik ke sudut pandang penangkapan sudut rendah mengikut pergerakan

Aku sangat merekomendasikan gimbal ini kerana harganya yang murah berbanding gimbal lain

Hohem iSteady X merupakan gimbal terkecil sekaligus teringan dalam kelasnya

Perbandingan Hohem iSteady X dengan gimbal jenama lain

Dapatkan di Lazada

7. GoPro Adapter Plate for Mobile Gimbal

Ciri-ciri:
  • Plate adapter yang berkualiti tinggi
  • Material nilon yang kuat, tahan lasak dan ringan
  • Boleh dipadankan dengan Gopro Hero 7 6 5 4 / 3+, YI Cam dan lain-lain action camera yang bersaiz serupa
  • Sesuai untuk semua jenis smartphone gimbal
Perincian saiz dimensi adapter plate

Didatangkan bersama skru dan U mount

Sesuai digunakan dengan apa saja jenis gimbal

Dapatkan di Lazada

8. GoPro 360 Degree Bag Clip Mount

Ciri-ciri:
  • Untuk diklipkan pada backpack
  • Boleh diputar 360 darjah
  • Serasi untuk action camera seperti Gopro, YI Cam, EKEN, SJCAM dan lain-lain
Dengan adanya clip ini, aku tidak perlu lagi memegang GoPro ketika merakam perjalanan

Juga boleh diputar secara menegak untuk video IGstory ataupun Tiktok

Dapatkan di Lazada

9. Fimi X8 Mini Drone

Ciri-ciri:
  • Rekaan boleh lipat dan ringan
  • Dilengkapi dengan 3-Axis gimbal & kamera HDR 4K
  • Mampu terbang sehingga 30 minit
  • Fungsi yang sama seperti Dji Mini 2 
  • Kembali ke home point secara automatik apabila bateri lemah
Setiap pembelian mempunyai jaminan selama 18 bulan daripada Fimi Malaysia

Didatangkan bersama berbagai aksesori dan kelengkapan

Tangkapan dari camera Fimi X8 Mini

Dapatkan di Lazada

10. Tripod

Ciri-ciri:
  • Sesuai untuk semua jenis kamera dan telefon pintar
  • Berkaki getah dan tidak mudah tergelincir
  • Kaki boleh laras disertakan dengan quick-release flip lock
  • Ringan, mudah-alih, dan tahan lasak untuk antiviti outdoor

Tinggi tripod boleh mencecah sehingga 1.25 meter apabila dipanjangkan

Sebagai pengembara solo, kebanyakan gambar travel aku diambil dengan bantuan tripod dan remote control

Dapatkan di Lazada

11. Covid-19 RTK Saliva Antigen

Ciri-ciri:
  • Antara self test kit yang termurah di pasaran
  • Tidak perlukan sebarang peralatan
  • mudah digunakan
  • Keputusan ujian pantas dalam 15 minit
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Dapatkan di Lazada

12. Sejadah Travel Mini (Pocket Prayer Mat)

Ciri-ciri:
  • Sejadah yang beserta dengan kompas
  • Mudah dilipat dan disimpan ke dalam poket selepas digunakan
  • Ringan dan mudah untuk dibawa
  • Tidak mudah terbang kerana terdapat pemberat di setiap sudut


Dapatkan di Lazada

Jadi itulah sahaja senarai gajet yang telah menemani aku sewaktu mengembara setakat ini. Adakah korang tertarik untuk mendapatkan salah satu daripadanya? Klik saja pada link yang sudah aku sertakan bersama!

Penerbangan 3 return trip bagi semua destinasi domestik. Dapatkan MHflypass dengan harga RM699 sahaja!

14 Peaks: Nothing is Impossible

 


    Aku sangat termotivasi dengan satu dokumentari yang baru saja aku tonton di Netflix, judulnya 14 Peaks. Walaupun aku bukanlah seorang kaki trekking dan bukan juga pendaki tegar, tapi dokumentari ini membuatkan aku kagum dan merasakan kalau seseorang itu tekad dalam menggapai mimpinya, memang 'tak ada yang mustahil'.

Nirmal Purja atau Nimsdai, adalah seorang pendaki Nepal yang memegang pelbagai rekod dunia dalam pendakian gunung. Sebelum menceburkan diri ke dalam kerjaya mendaki gunung, dia berkhidmat dalam Tentera British dengan Briged Gurkha diikuti dengan Special Boat Service (SBS), iaitu sebuah unit pasukan khas Tentera Laut Diraja Britain. 14 Peaks mengisahkan perjalanan Nimsdai yang telah berjaya menawan kesemua 14 puncak gunung yang melebihi ketinggian 8000 meter atau 26000 kaki dalam tempoh masa 6 bulan dan 6 hari. Beliau juga merupakan manusia pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest, Lhotse dan Makalu dalam masa 48 jam.

Nimsdai melihat bahawa majoriti pendaki gunung yang mendaki puncak-puncak tinggi di Himalaya rata-ratanya mendapat sokongan dan bantuan oleh Sherpa (malim gunung di Nepal). Jadi secara amnya, pasti terdapat satu Sherpa yang menemani setiap pendaki di sepanjang perjalanan. Namun begitu, tidak banyak kredit yang diberikan kepada Sherpa atas sokongan mereka kepada pendaki dalam keseluruhan ekspedisi. Kadang-kadang nama mereka langsung tidak diberikan sebarang kredit, dan itu yang menjadikan wajah mereka tidak begitu dikenali di seluruh dunia. Insentif yang mereka perolehi juga jauh lebih rendah berbanding pendaki-pendaki Barat, meskipun mereka melakukan pendakian yang sama.

Dan mungkin itulah sebab kenapa nama Tenzing Norgay tidak segah nama Edmund Hillary selaku manusia pertama yang menawan puncak Everest.

Reinhold Messner adalah manusia pertama yang berjaya menakluk 14 puncak dan beliau telah mengambil masa selama 17 tahun

Nimsdai mahu mengubah semua itu. Dia mahu para Sherpa Nepal yang bersamanya turut menjadi tumpuan dunia atau sekurang-kurangnya mereka diberikan penghargaan yang selayaknya. Lalu dia melancarkan sebuah ekspidisi yang diberi nama Project Possible untuk memecahkan rekod pendakian ke semua 14 puncak yang sebelum ini berjaya diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun. Dan menerusi projek ini, Nimsdai memutuskan dia akan mendaki kesemuanya dalam masa 7 bulan sahaja.

Tapi realiti tidak seindah mimpi. Terlalu banyak hambatan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh Nimsdai selama Project Possible berjalan. Bahkan sebelum projek bermula, beliau berdepan kesukaran untuk mendapatkan tajaan sebelum dia memutuskan untuk mencagarkan rumahnya sendiri untuk membiayai projeknya. Di kampung halaman pula, ibunya sedang sakit. Nimsdai pun tidak tahu sama ada beliau akan dapat bertemu dengan ibunya lagi selepas ekspidisinya selesai memandangkan keadaan ibunya yang sudah kritikal. Sementara itu, kerajaan China pula enggan memberikan permit mendaki ke salah satu puncak bernama Shishapangma yang terletak di selatan Tibet. Namun dengan berkat segala usaha Nimsdai yang tidak pernah kenal erti putus asa, dia akhirnya berjaya dengan sokongan politik kerajaan Nepal serta bantuan tekanan netizen dari seluruh dunia ke atas kerajaan China.


Pada Januari tahun ini, Nimsdai bersama sembilan pendaki Nepal yang lain berjaya menjadi pasukan pertama yang menawan puncak K2 pada musim sejuk selepas berbagai percubaan pendakian ke puncak kedua tertinggi di dunia itu yang sering gagal sejak 1987. Nimsdai adalah satu-satunya ahli pasukan yang mendaki K2 tanpa menggunakan oksigen tambahan, sekaligus menjadi individu pertama yang berbuat demikian.

"Di zon kematian, saya menjadi hidup," kata Nimsdai ketika ditanya tentang cara dia menangani situasi genting saat berada di zon kematian. Dia mengatakan bahawa jiwanya menjadi sebahagian daripada gunung. Mendaki puncak yang begitu angkuh selalunya menjadikannya dalam keadaan meditasi. Jauh daripada semua persepsi dan ekspektasi. Dia mula menemukan perkara baharu tentang dirinya, menemukan kesalinghubungan yang erat antara dirinya dan keperitan yang ditanggung dan semua itu justeru menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri.

Dokumentari ini memberikan inspirasi kepada seluruh generasi dan juga membawa mesej bahawa tidak ada apa pun yang mampu mengehadkan kita daripada mencapai matlamat hidup selagi kita terus berusaha untuk memecahkan tembok-tembok yang sentiasa menjadi penghalang.

Ia juga menunjukkan kepada kita tentang semangat berpasukan, dedikasi, nasionalisme, pemandangan yang spektakular, serta sebab kenapa Nimsdai dan pasukannya layak untuk mendapat penghargaan yang serupa seperti Sir Edmund Hillary, atau mungkin lebih daripada itu.

Akhir sekali, salah satu dialog Nimsdai dalam dokumentari ini yang membuatkan bulu aku meremang adalah, "I am the Usain Bolt of 8000 meters. No one can defeat me."

8/10 daripada aku.


Nimsdai (dua ari kiri) bersama pasukannya

Nimsdai disambut dengan penuh kemeriahan ketika dia kembali ke bumi Nepal setelah berjaya menyelesaikan ekspidisi Project Possible


Search accomodation for your next trip!

Popular Posts

Trip.com

Bangsa membaca bangsa berjaya!

One Way at MYR79!