Mungkin tak ramai yang tahu,
di Sabah terdapat laluan keretapi sepanjang 134 kilometer yang menghubungkan
bahagian pantai barat dan bahagian pedalaman negeri tersebut. Pengangkutan ini
dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan
rel yang beroperasi di Pulau Borneo. Setakat ini, laluan keretapi ini mempunyai
15 stesen yang bermula dari Sembulan (juga disebut Sekretariat) di Kota Kinabalu
sehingga ke Tenom.
Perkhidmatan keretapi di Sabah
sebenarnya telah wujud sejak zaman pemerintahan British North Borneo Company
(BNBC) lagi. Landasan keretapi yang pertama dibina pada tahun 1896 bermula dari
Sungai Bukau di utara Beaufort ke selatan di Pelabuhan Weston yang bertujuan untuk mengangkut hasil tembakau dari kawasan pedalaman ke kawasan pantai untuk
dieksport.
Kepentingan keretapi di Sabah justeru telah mewujudkan pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar,
Kinarut, Putatan dan lain-lain yang telah membangun di sepanjang laluan
keretapi tersebut.
Laluan keretapi Sabah. Stesen Weston dan Melalap masih belum dibuka dan akan diberitahu kelak |
Perkhidmatan keretapi ini juga
menjadi sistem perhubungan yang utama pada waktu itu dan sekaligus antara penyumbang
penting kepada perkembangan ekonomi negeri.
Begitupun, keretapi yang menjadi impian bagi para pengembara ke Sabah bukanlah keretapi yag beroperasi dari Tanjung Aru ke Beaufort kerana laluan ini sudah menggunakan koc baharu yang berhawa dingin, tetapi keretapi dari Beaufort yang menuju Tenom kerana ia masih lagi beroperasi dengan menggunakan gerabak lama dan ramai yang menyebutnya sebagai heritage train. Gerabak keretapi ke Tenom juga tidak panjang, hanya menggunakan dua gerabak penumpang yang ditarik oleh locomotive. Tempat duduknya terhad, selebihnya hanya lantai kosong sahaja. Salah satu sebab ada ruangan lantai kosong adalah kerana penduduk setempat kebiasaanya akan membawa pelbagai jenis barangan menaiki keretapi ini, termasuk kayak selain barangan runcit terutama pada Hari Tamu (pasar mingguan) di Tenom, yang membuatkan perut gerabak ini penuh dan sesak.
Jadi di antara koc baru dan lama, yang manakah pilihan anda? Atau anda mahu menaiki keduanya? Jom aku kongsikan informasi
serta panduan buat anda yang bercadang mahu merasai pengalaman menaiki keretapi
apabila berkunjung ke Sabah kelak.
Koc baru yang beroperasi dari Beaufort ke Sembulan |
Ruang dalam yang lengkap berhawa dingin |
Jadual Perjalanan
Keretapi Sabah biasanya beroperasi pada setiap hari termasuk hari Sabtu, hari Ahad, dan hari cuti pelepasan am. Sebelum anda merancang perjalanan dengan keretapi ini, jadual jam pelepasan adalah hal yang perlu diberikan perhatian kerana terdapat 3 jadual yang belainan berdasarkan hari. Jadi sebaiknya rancang dahulu perjalanan anda dengan meneliti waktu keretapi bertolak.
Keretapi Sabah tidaklah selaju seperti sistem pengangkutan rel di Lembah Klang. Ianya sangat berbeza. Jadi anda tidak boleh meletakkan ekspektasi yang tinggi untuk perkhidmatan keretapi Sabah. Keretapi ini hanya mempunyai kelajuan rata-rata 50-70 km/h sahaja. Jadi sekiranya anda ingin cepat sampai ke destinasi, maka perkhidmatan keretapi ini tidak sesuai untuk anda. Always expect the unexpected. Apa saja kemungkinan boeh berlaku di sepanjang perjalanan ini.
Untuk pengetahuan anda, keretapi yang bertolak dari Tanjung Aru tidak ada yang direct menuju ke Tenom. Keretapi dari Tanjung Aru akan berlepas pada jam 7.45 pagi dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba di Beaufort di mana di sana kita perlu mengambil keretapi lain menuju Tenom yang bertolak pada jam 1.30 petang. Sebenarnya ada yang lebih awal, iaitu pada jam 7.50 pagi, tapi sekiranya anda datang dari Kota Kinabalu, maka memang tak sempatlah untuk mendapatkan keretapi pagi itu.
Berikut adalah jadual keretapi Sabah:
Jadual keretapi menuju Tenom |
Jadual keretapi menuju Kota Kinabalu (Sembulan) |
Ini merupakan jadual perjalanan dan harga tiket dari Tanjung Aru ke Tenom secara ringkas;
Tambang Tanjung Aru – Beaufort: RM4.80
Tambang Beaufort – Tenom: RM2.75
Jumlah tambang pergi & balik: RM15.10
Perjalanan Tanjung Aru - Beaufort: bertolak 7.45 am, tiba 9.40 am
Masa menunggu keretapi berikutnya: 4 jam
Perjalanan Beaufort - Tenom: bertolak 1.30 pm, tiba 3.30 pm
Jadual perjalanan Tenom - Beaufort: 7.30 am atau 1.00 pm
Jadual keretapi Beaufort - Tanjung Aru: 5.00 am atau 11:00am (hanya 2 masa ini sahaja)
Berdasarkan penerangan di atas, anda pasti sedar bahawa ianya mustahil untuk kita pergi ke Tenom dari KK dan pulang semula ke KK pada hari yang sama dengan pengangkutan ini. Jika anda ingin kembali ke kota kinabalu (KK), ada satu alternatif lain iaitu menaiki bas Sipitang Express dari Beaufort ke KK pada jam 3.30pm. Tambang bas berharga RM12. Justeru semasa aku di KK, aku telah merangka 3 plan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu;
- Naik train di stesen Tanjung Aru - 7:45 pagi > tiba di stesen Beaufort - 9:40 pagi > Next train Beaufort ke Tenom -1:30 petang > Sampai stesen Tenom - 3:55 petang. [Perlu bermalam di Tenom]
- Naik bas dari KK ke Beaufort (anggaran perjalanan 1 jam 45 minit) > naik train jam 7.50 pagi ke Tenom dan pulang semula ke Beaufort dengan train jam 1 petang. [Pulang ke KK dengan bas]
- Naik bas pagi dari KK ke Tenom (anggaran perjalanan 3 jam) > naik train jam 1 petang dari Tenom ke Beaufort. [Pulang ke KK dengan bas]
Menikmati panorama pekan lama di persisir Sabah dari kaca jendela |
Jadi nasihat aku di sini, anda perlu sentiasa mengikuti Page Facebook atau Website Jabatan Keretapi Negeri Sabah untuk mengetahui status terkini laluan keretapi supaya tidak kecewa seperti aku yang gagal untuk merasai pengalaman menaiki heritage train ke Tenom. Menurut petugas kaunter tiket, tempoh yang diambil untuk membaiki landasan biasanya mengambil masa kira-kira seminggu atau lebih.
Fasiliti dan sistem tiket
JKNS telah menjalankan pelbagai usaha untuk menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada. Keretapi Sabah telah dijenamakan semula sejak 2011 agar setanding dengan perkhidmatan rel di semenanjung Malaysia. Antara fasiliti yang disediakan adalah termasuk sebuah stesen moden seperti di Tanjung Aru. Namun tiket hanya boleh dibeli sebelum keretapi bertolak. Contohnya jika keretapi dari Tanjung Aru bertolak pada jam 7.45 am, anda perlu berada di sana sekurang-kurangnya 15-20 minit lebih awal. Oleh itu, rancang perjalanan anda sebaiknya sebelum keluar dari tempat penginapan di KK bagi mengelakkan kaunter tiket ditutup. Hari biasa dari Isnin hingga Jumaat pula tidak sama jadualnya dengan Sabtu dan Ahad.
Pembelian tiket di stesen Tanjung Aru |
Tiket return ke Beaufort |
The North Borneo Railway
Ini merupakan salah satu daripada beberapa buah vulcan steam train yang masih beroperasi di muka bumi. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan Sutera Harbour dan hanya beroperasi bagi tujuan pelancongan sahaja. Keretapi stim ini bergerak dari Kota Kinabalu ke Papar, melintasi Putatan, Kinarut, dan Kawang. Keseluruhan perjalanan pergi dan pulang mengambil masa kira-kira 4 jam sekaligus membolehkan penumpang menikmati pemandangan landskap yang spektakular di bahagian pantai dan luar bandar Sabah.
Koc klasik North Borneo Railway |
Untuk pengetahuan anda, keretapi ini hanya diminati oleh pelancong asing sahaja memandangkan harga tiketnya yang agak mahal, iaitu RM358.50 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Harga tiketnya adalah beserta makanan yang disediakan untuk sarapan dan makan tengah hari di dalam koc yang klasik namun mewah. Kebanyakan veteran perang amat meminati menaiki keretapi ini bagi mengimbau kenangan lama. Pada zaman penjajahan British dahulu, keretapi ini cuma dinaiki oleh pegawai-pegawai tinggi British dan keluarga mereka manakala orang-orang tempatan pada ketika itu hanya bekerja sebagai petugas keretapi. Oleh itu, para pelancong yang menaiki keretapi ini kini dapat merasai pengalaman menjadi 'sir' dan 'madam' pada zaman kolonial.
Perkhidmatan keretapi ini hanya beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Jika anda berminat untuk mencubanya, boleh hubungi pihak Sutera Harbour di sini.
Aku melihat keretapi Sabah boleh menjadi sumber pendapatan negeri, jika kerajaan dapat menumpukan untuk membangun jaringan rel yang lebih luas. Keretapi Sabah mempunyai nilai signifikan dalam usaha untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Seperti Lebuhraya Pan-Borneo, tidak mustahil landasan keretapi Trans-Borneo juga boleh diwujudkan bagi menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan wilayah Kalimantan di Indonesia memandangkan Indonesia juga sedang membangun jalur keretapi di sisi mereka. Ini secara tak langsung dapat memangkin sumber pendapatan rakyat dan sumber pendapatan negeri dan malah negara secara amnya.
Jika dilihat dari kaca mata pelancong atau pengembara, menaiki keretapi itu dapat memberikan pengalaman yang mengujakan apabila dibawa merentasi laluan berliku sepanjang tebing Sungai Padas dan celah Banjaran Crocker.
Keretapi mengambil penumpang di Stesen Papar |
Jambatan rel Papar |
Bagi pengemar sukan lasak, perkhidmatan keretapi ini adalah salah satu pengangkutan penting untuk menuju ke destinasi berkayak yang popular di Sabah iaitu di jeram Sungai Padas yang terletak di Kampung Pangi, Tenom.
Selain itu, bahagian pedalaman Sabah seperti daerah Tenom, perkampungan di sepanjang tebing Sungai Padas, dan daerah Beaufort amat bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan ini bagi melakukan pelbagai urusan. Apakah tiada alternatif lain untuk ke Tenom dari Beaufort? Jawapannya ada. Dari Beaufort ke Tenom memang ada jalan darat jika kita ingin menaiki kereta mahupun bas tetapi buat masa ini belum ada lagi jalan darat yang menghubungkan Beaufort dengan kampung-kampung kecil yang terdapat di sepanjang laluan keretapi ini.
Lalu pengangkutan inilah yang memudahkan urusan penduduk setempat serta membantu anak-anak desa pedalaman untuk pergi ke sekolah sekaligus mengurangkan kadar keciciran murid sekolah. Tambahan pula ia juga menjadi nadi penting untuk mengangkut hasil pertanian, bahan binaan dan pelbagai barangan penduduk di samping menjadikan hari tamu sebagai hari penting untuk penduduk menggunakan pengangkutan ini bagi membawa hasil pertanian keluar dari desa untuk dijual kepada penduduk lain yang ingin membeli keperluan harian mereka.
Itu saja informasi yang boleh aku kongsikan buat masa ini, semoga tulisan ini bermanfaat buat anda yang merancang untuk menaiki keretapi Sabah kelak!
Laluan keretapi Sabah |
Gerabak lama |
Koc baru mempunyai kelajuan maksimum sehingga 80 km/h |
Hi... Seronok sy baca coretan Tuan. Nak tanya, kalau dr KK nak ke stesyen keretapi yg 1st utk menuju ke Tenom tu, Sekretariat kan, nak naik apa eh?
BalasPadamBoleh cari bas yang menghala ke Sembulan. Tapi mungkin banyak masa akan terbuang sebab bas takkan bergerak selagi penumpang belum cukup. Jadi sebaiknya naik Uber saja
PadamOhh, ada Uber, baik
PadamTerima kasih
Kembali :)
PadamSalam.
BalasPadamBoleh beri tips seat mana utk view yg lebih ohsem sepanjang perjalanan tren. Seat kiri atau kanan?
Wassalam. Kalau dari KK ke Beaufort, saya cadangkan seat seelah kanan. Kalau keretapi yang ke Tenom saya tak pasti. Perlu tanya sesiapa yang dah pernah naik
PadamBoleh juga duduk si sebelah kanan..ada pemandangan Sungai Padas
PadamTerima kasih untuk infonya kin 🙂
PadamAssalam, saya bercadang nak naik tren dari Tanjung Aru. Pemandangan yang menarik bermula di mana? Saya kesuntukan masa serta bimbang tidak dpt tiket utk pulang semula ke Tanjung Aru. Bagaimana utk melihat jadual perjalanan.
BalasPadamWassalam. Tren bertolak dari Tanjung Aru ke Beaufort pukul 7:45 pagi setiap hari. Kalau ambik train pagi ni, pasti ada masa yang cukup untuk balik semula ke Tanjung Aru dari Beufort. Pemandangan cantik bermula dari Putatan.
PadamAssalam. Apa perbezaan koc kelas pertama dan kelas ekonomi
BalasPadamWassalam. Saya minta maaf, tentang perbezaan kelas pertama dan ekonomi, saya tak pasti. Semasa saya di Sabah, saya cuma menaiki kelas ekonomi dan bagi saya ianya sudah cukup selesa sebab JKNS menggunakan koc baru.
PadamOk tq infonya
PadamEncik nak tanya. Ada tak kereta api dari sembulan jln setiap hari ke stesen papar pada waktu petang?
BalasPadamAda. Bertolak dari Sembulan pukul 5:30 petang dan tiba di Papar pukul 6:23 petang
PadamTerima kasihh atas info diberi. Sangat bermanfaat.
BalasPadamTerima kasih kembali Auji Izzati 🙂
PadamTq very much for your post ni..Banyak info berguna... Saya suami dan anak berhajat nak ke sana , merasai naik keretapi ni sampai Tenom, dan mungkin nak bermalam. Selain Tenom, pekan apa lagi yg sesuai utk kita bermalam ya?Tq
BalasPadamBoleh cuba bermalam di pekan Papar, Beaufort, ataupun Tenom. Enjoy Sabah!
PadamEncik nak tanya. Macam mana nak beli tiket online? Saya ni di luar negara nak naik kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort bulan depan. Terima kasih
BalasPadamTiket tak dapat dibeli secara online, hanya dijual di kaunter sahaja. Jangan risau ini merupakan train harian, jadi tak perlu buat sebarang tempahan awal
PadamNormalah
BalasPadam?
PadamSalam, tumpang tanya, untuk option yg pergi ke beaufort by bus awal pagi, bas bertolak jam berapa ya? Tiket boleh beli online atau walkin?
BalasPadamCuba pergi ke terminal bas di sebelah Padang Merdeka, dari sana ada banyak transportation yang ke Beaufort. Sebaiknya pergi ke sana sehari sebelum untuk bertanyakan jam mereka bertolak :)
PadamNak tanya dalam tren ada tandas tak?
BalasPadamAlamak, tak dapat nak jawab soalan yang ni. Sepanjang perjalanan saya tak pernah terasa mahu ke tandas jadi saya pun tak pasti samada tren tu ada tandas atau tak
PadamAssalamualaikum, izinkan saya menggunakan bahan dan maklumat di atas bagi tujuan pembuatan kerja kursus sejarah.Terima Kasih.
BalasPadamWaalaikumussalam Haiqal, ya silakan. Semoga bermanfaat untuk tugasan anda :)
PadamAssalamualaikum, tuan Kalau dari sembulan ke beufort,
BalasPadamSempat juga Kah Balik KK hari sama, naik Keretaapi juga...
Waalaikumussalam, ya sempat. Sila rujuk pada jadual keretapi yang saya sertakan di dalam artikel di atas :)
Padamterima kasih atas penulisan adik, dah dapat sedikit penjelasan tentang keretapi sabah, alhamdulilah dah sampai ke stesen tanjung aru untuk mendapatkan maklumat awal , tahun depan insyallah nak cuba naik.
BalasPadamHehe harap artikel ini membantu!
PadamSangat berguna .teruja maw naik keretapi .dulu Zaman belajar ada naik sekali 2 Kali Dr papar ke kk . Kali ini nak bawa anak2x rasa mcm mna pengalaman naik keretapi. Nak Tanya train Paling last Dr Beaufort ke kk jam berapa?
BalasPadamLast train yang berlepas dari Beaufort menuju KK pukul 11 pagi :)
PadamAssalamualikum, Terima Kasih atas coretan ini, Saya baru nak try naik train Sabah .
BalasPadamWaalaikumussalam. Nikmati perjalanan anda! :)
Padamassalamualaikum, beli ticket train perlu kemukakan kad pengenalan ka?
BalasPadamWassalam. seingat saya, tak perlu pun :)
PadamSalam....saya nak tanya tentang beli tiket kereta api yg dari stesen sembulan ke kimanis....kalau boleh saya tau...di mana kah tempat kaunter membeli tiket dan naik kereta api dari stesen sembulan itu...ada kah kaunter menjual tiket berada di stesen kereta api dekat sembulan itu...terima kasih ya...
BalasPadamWassalam. Ya, kaunter penjualan tiket ada di stesen keretapi tu :)
Padam