Apa lagi yang anda tahu tentang tempat-tempat menarik di Lombok selain daripada Pantai Senggigi, Gili Trawangan, dan Gunung Rinjani? Sebenarnya terdapat banyak lagi. Walaupun ramai yang mengatakan Lombok adalah kembarnya Bali, pulau ini sebenarnya menawarkan keindahan tersendiri yang mustahil boleh ditemui di Bali. Lombok bagi aku adalah seperti kaleidoskop alam semula jadi yang menyajikan berbagai pengalaman kembara yang tersendiri.
Berikut adalah hidden gems yang
aku telah terokai ketika di Lombok sekaligus menjadikan perjalanan aku ke sini
menjadi sedikit luar biasa:
1. GUA BANGKANG
Kalau anda punya perancangan untuk
ke Pantai Kuta di Lombok Tengah, masukkan sekali Gua Bangkang ke dalam bucketlist
anda.
Pembentukan stalaktit dan
stalagmit di dalam gua ni sungguh luar biasa, serasa seperti di dalam filem
Indiana Jones. Lantai gua ini yang berbatu dan dindingnya terukir indah secara
semula jadi. Ruang dalamannya yang besar menempatkan kira-kira 5 juta kelawar.
Terdapat lubang pada siling gua yang membolehkan cahaya matahari menembus masuk.
Lokasi gua ini tersembunyi di desa Bangkang Ruang dalaman gua yang begitu indah terlihat apabila dimasuki cahaya matahari
Ketika berjalan di dalam gua,
pastikan anda tidak mengganggu kelawar-kelawar yang bergantungan. Ada yang
boleh dilihat namun kebanyakannya tidak kerana suasana yang sedikit gelap. Tapi
jika anda mahu menyaksikan detik yang lebih dramatik, lakukan kunjungan ke gua
ini pada waktu senja, ketika mana semua kelawar keluar di dalam kumpulan yang
besar untuk pergi memburu. Aku rasa gua purba ini memang merupakan salah satu
lokasi yang harus anda terokai sekiranya berkunjung ke Lombok.
Lokasi Gua Bangkang agak
tersembunyi. Ia terletak di bawah bukit di pedalaman Kampung Bangkang, di daerah
Pujut. Tempat ni jarang dilawati dan cuma terkenal dikalangan warga tempatan.
Akses untuk ke sini tidak mudah dan tidak juga terlalu sukar, tetapi anda perlu
menempuh jalan berbukit. Lokasinya agak strategik kerana dikelilingi Pantai
Kuta dan Pantai Mawun di kiri dan kanannya. Jarak antara kedua-dua pantai ini
pula kurang dari satu jam perjalanan.
2. PANTAI SEMETI
Buat yang meminati fotografi, Pantai
Semeti akan memberikan anda perspektif yang dramatik. Di sini terdapat
batu-batu yang membentuk susunan kristal seperti di Planet Krypton (planet asal
Clark Kent a.k.a Superman) yang berselerak di persisirannya. Ada juga beberapa bongkah
batu yang terbentuk seakan piramid Mesir, berdiri teguh di tengah laut. Pantai
Semeti sungguh mengingatkan aku kepada planet asal Superman. Justeru tak
hairanlah pantai ini juga dikenali sebagai Krypton Beach di dalam Google Map!
Panorama Pantai Semeti |
Ia terletak di Lombok Tengah dan
hanya beberapa kilometer dari Pantai Selong Belanak yang mungkin anda juga
tidak pernah dengar akan namanya. Perjalanan untuk sampai ke pantai ini agak sukar,
kerana kita perlu melalui laluan tanah yang berbatu (keadaan menjadi lebih
buruk ketika hari hujan). Begitupun, dengan pemandangan yang menarik dan
suasana yang damai, anda pasti takkan menyesal dengan kesukaran yang perlu
ditempuh untuk sampai ke sini.
P.S. Cara terbaik untuk
mendapatkan keseluruhan panorama pantai ini adalah dengan melakukan pendakian ke
atas batu-batu di pantai ni. Pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai jika
mahu mendaki bebatuan di sini kerana ketinggiannya yang mencapai 20 meter.
3. PANTAI NAMBUNG
Ini merupakan suatu lokasi
yang sangat unik di Lombok Barat. Terdapat air terjun yang mengalirkan air
laut! Air terjun ni sebenarnya terhasil oleh ombak ganas yang menghentam batu-batu
di tebing lalu mengalir semula ke pantai. Di bawah air terjun ini pula terbentuk
sebuah kolam besar yang jernih dan selamat untuk berenang di dalamnya.
Walaubagaimanapun, semua risiko adalah tergantung kepada kita sendiri.
Kolam semulajadi di Pantai Nambung
Air terjun unik di tepi pantai |
Pantai Nambung adalah hidden
gems yang paling eksotik bagi aku. Ia adalah pantai yang sama sekali belum
tersentuh, tempat yang orang luar pun tak pernah tahu tentangnya di Lombok
Barat. Dan tentu saja, perjalanan ke sini tidak mudah. Aku terpaksa menempuh
perjalanan yang begitu menyeksakan, menelusuri desa-desa pedalaman. Oleh sebab pantai
ni tersembunyi, aku perlu berjalan kaki hampir satu kilometer dari tempat parkir,
dengan pasir pantainya yang menelan kaki hingga ke buku lali. Hampir kejang
betis aku untuk tiba di sini. Sungguh penat, tapi berbaloi!
4. TANJUNG POKI
Lebih kurang satu kilometer
dari Tanjung Ringgit ada sebuah teluk yang disebut Tanjung Poki (atau Puki).
Landskapnya spektakular, seakan sama dengan Tanjung Ringgit. Keduanya mempunyai
tebing berbatu yang berdiri bersebelahan dengan laut. Pemandangan di sini tiada
had ke seluruh aras selat. Yang membezakan kedua-dua tanjung ni adalah
gelombang ombaknya. Di sini, ombak laut yang menghentam tebing Tanjung Poki mampu
mewujudkan kesan tindak balas ombak setinggi 10 meter. Keganasan ombak di sini
seakan fenomena tsunami kecil.
Ombak tinggi yang terhasil mampu mencecah 10 meter tinggi
Tanjung Poki |
Adalah bahaya jika kita mahu
menyaksikan ombak ni secara dekat kerana dikhuatiri terjatuh ataupun dipukul
ombak ganas tersebut. Tapi aku melihat ada beberapa pengunjung yang berani
turun ke tebing yang lebih rendah demi untuk mendapatkan gambar-gambar yang
lebih dramatik. Berenang di sini adalah dilarang sama sekali. Di tebing-tebing
sekitarnya, terdapat kelibat pemancing-pemancing tegar. Menurut salah seorang
pemancing yang aku sapa, ada aktiviti pertandingan memancing anjuran warga
tempatan diadakan di sini pada setiap tahun.
Kenderaan pula tidak boleh
sampai ke sini. Pengunjung perlu berjalan kaki sejauh ratusan meter naik dan
turun bukit sebelum dapat tiba di penghujung tebing. Jika anda punya
perancangan untuk ke Pink Beach atau Pantai Ekas, masukkan Tanjung Poki ke
dalam bucketlist anda untuk menyempurnakan day trip ke Lombok Selatan.
5. AIR TERJUNG KELIWON
Air Terjun Keliwon, satu lagi
lokasi yang sesuai untuk kita menyatu dengan alam. Terletak di Kabupaten, Lombok
Tengah, tempat ni terletak di dalam kawasan Air Terjun Benang Kelambu dan
Benang Stokel yang terkenal, cuma bezanya lokasi ini masih baru dan tidak ramai
yang tahu tentangnya.
Laluan ke sini adalah laluan
yang sama ke Air Terjun Benang Kelambu. Namun laluannya cukup panjang dan lebih
jauh. Setibanya di Benang Kelambu, kita harus mendaki lagi untuk ke sini.
Air terjun ini tersembunyi jauh di dalam hutan dan tidak ramai yang tahu kewujudannya Guru terbaik adalah alam. Setiap petualangan pasti akan mengajarkan sesuatu yang bernilai
Laluan turun dan naiknya yang
licin agak ekstrem. Sesuatu yang menarik tentang air terjun ni adalah lokasinya
yang tersembunyi. Selain itu, tempat ini juga dikelilingi bebatuan. Aliran
airnya sangat deras dan dan mencapai ketinggian 15 meter. Hembusan anginnya
yang dingin dapat dirasai sebelum kita menghampiri air terjun ini dengan lebih
dekat.
Tempat ni adalah hidden gems
yang kebanyakan orang tempatan sendiri pun tidak pernah tahu. Jikalau mahu ke
sini, dapatkan tour guide terlebih dahulu kerana belum ada penunjuk arah untuk
ke lokasi ini. Buat yang anti-mainstream, nah, Air Terjun Keliwon harus ada di dalam
bucketlist anda!
6. TANJUNG AAN
Pantai Tanjung Aan adalah satu
pantai yang jarang dikunjungi pengunjung luar. Lokasinya bersebelahan dengan
Pantai Kuta yang masyhur. Pantai yang sepanjang 2 kilometer ni berhadapan secara
langsung dengan Lautan Hindi.
Tanjung Aan juga turut memiliki buaian seperti di Gili Trawangan "Waktu yang diluangkan di pantai adalah waktu yang dihabiskan dengan baik"
Pantai ini juga merupakan
tempat asal Puteri Mandalika. Siapakah Puteri Mandalika? Menurut mitos
masyarakat lokal, Puteri Mandalika telah terjun dari atas bukit ke dalam laut kerana
mahu mengelak pinangan seorang pangeran yang mahu menyuntingnya. Mitos tersebut
turut menyatakan Puteri Mandalika telah bereinkarnasi menjadi Nyale.
Nyale adalah sebutan orang
Lombok untuk sejenis cacing laut yang muncul di pantai ini pada waktu tertentu,
biasanya pada Februari. Maka sebab itulah perayaan besar rakyat Lombok yang
disebut ‘Ritual Bau Nyale’ diadakan di sini pada setiap tahun. Jika anda berminat
untuk menyaksikan bagaimana perayaan ni disambut, cuba berkunjung ke Lombok pada
bulan Februari. Tarikh sambutannya bergantung kepada bulan penuh di pertengahan
Februari.
Apa yang menarik di sini, kita
boleh menghabiskan masa selama berjam-jam dengan bersiar-siar, bergambar, dan bermain
buaian tanpa gangguan pengunjung lain. Justeru, kenapa perlu beratur panjang di
Gili Trawangan sedangkan kita boleh mendapatkan buaian yang serupa di Tanjung
Aan?
7. BUKIT MERESE
Tempat ni bukan lagi hidden
gems kerana kian popular dan diketahui ramai. Bukit Merese juga sebenarnya
tidak ada di dalam perancangan asal aku.
Aku datang ke sini disebabkan planning
aku untuk ke utara dan timur Lombok bagi meneroka tiga lagi lokasi tersembunyi
telah gagal disebabkan kekangan kos dan masa.
Terletak di Lombok Tengah dan
tidak jauh dari Kuta, bukit ni adalah lokasi kegemaran pengunjung yang ingin menikmati
matahari senja. Dari bukit ini juga, kita dapat menyaksikan pemandangan pantai
Tanjung Aan hingga ke Batu Payung dari aras tinggi.
Tanjung Aan dapat dilihat dari Bukit Merese
Pantai itu menyenangkan, sedangkan gunung pula menenangkan |
Keindahan senja dari Bukit Merese |
Sedikit tips untuk datang ke
sini:
1) Waktu berkunjung
Bukit ni selalunya penuh
dengan kunjungan, terutamanya sebelah petang. Jadi sekiranya anda tidak sukakan
keramaian, datang pada waktu pagi.
Pertengahan tahun adalah waktu
terbaik untuk berkunjung kerana kurang hujan. Pada waktu inilah anda boleh
mendaki dengan lebih bebas dan selamat kerana permukaan treknya kering.
Pemandangan sekitar bukit ini juga terlihat eksotik dengan rumput yang
menguning.
2) Kasut yang sesuai
Trek pendakian ke Bukit Merese
tidak sukar dan kurang mencabar serta tidak terlalu tinggi. Untuk menggapai
puncak, kita hanya perlukan sekitar 15 minit. Namun begitu, ia bergantung juga
dengan keadaan tapak kasut anda kerana permukaan bukit yang licin.
Sebaiknya gunakan kasut yang
sesuai kalau mendaki pada awal pagi ataupun selepas hujan. Ketika aku mendaki
di sini, tapak kasut aku telah tertanggal akibat tergelincir.
3) Jelajah ke semua sisi bukit
Bukit ni cukup luas. Amatlah
rugi jika anda hanya tertumpu di satu tempat sahaja ketika di puncak. Cuba
jelajah ke semua sisi bukit dan nikmati seluruh panorama yang terbentang.
4) Bawa air
Pendakian memang mudah, tetapi
apabila berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi, banyak tenaga yang kita akan
habiskan terutama jika kita ke sini pada waktu petang dan cuaca panas.
5) Jaga kebersihan
Tidak ada tong sampah yang disediakan
di puncak bukit. Jagalah kebersihan dengan tidak membuang sampah sebarangan.
Jikalau semua pengunjung yang datang
ke sini tidak memelihara pesekitaran Bukit merese, lama kelamaan hilanglah seri
bukit yang indah ini. maka jadilah seorang traveller yang bertanggungjawab demi menjada kelestarian alam.
Aku rasa itu saja perkongsian
tentang kunjungan aku ke Pulau Lombok. Sebenarnya terdapat banyak lagi hidden
gems yang boleh diteroka sekiranya kita tak pernah segan untuk bertanya dengan warga
tempatan. Walaubagaimanpun, aku menganggap trip ini masih belum sempurna disebabkan
aku gagal menyempurnakan kunjungan ke tiga lagi lokasi yang terletak di Lombok
Utara.
Semoga aku dapat berkunjung lagi
kelak.
Bakso beranak adalah salah satu makanan tempatan yang wajib anda cuba di Lombok
Lombok adalah destinasi yang damai untuk dikunjungi berbanding Bali yang begitu padat dengan pelancong |