Reinhold Messner adalah manusia pertama yang berjaya menakluk 14 puncak dan beliau telah mengambil masa selama 17 tahun |
Reinhold Messner adalah manusia pertama yang berjaya menakluk 14 puncak dan beliau telah mengambil masa selama 17 tahun |
Gunung Raya adalah gunung
tertinggi di pulau Langkawi.
Jika anda ingin melakukan aktiviti
semasa di Langkawi, aku cadangkan anda untuk pergi mendaki Gunung Raya.
Ia berketinggian 881 meter dari
aras laut dan boleh dicapai melalui dua kaedah: jalan raya dan anak tangga.
Setelah menghabiskan sebulan penuh di Pulau Langkawi baru-baru ini, aku telahpun
naik ke puncaknya sebanyak dua kali – dengan menaiki anak tangga dan melalui
jalan raya.
Satu perihal yang aku belajar
tentang gunung ini adalah; cuaca di puncaknya agak sukar diramal.
Hal ini demikian kerana korang
tidak akan tahu sama ada anda akan mendapat pemandangan yang jelas dari atas
atau tidak, kerana puncak Gunung Raya sering bersembunyi di balik awan!
Mari kita lanjut kepada
perician bagaimana untuk naik ke puncak Gunung Raya.
Baca juga: Jom ke Langkawi?
1.
Akses ke Gunung Raya
Terdapat dua jalan untuk menggapai
puncak Gunung Raya seperti yang aku tuliskan pada awalnya, iaitu dengan mendaki
anak tangga ataupun berjalan kaki melalui jalan raya.
Dan penting untuk korang tahu,
kedua-dua akses ini bermula dari dua sisi gunung yang berbeza.
Jarak
(tangga): 4287 anak tangga
Jarak
(jalan raya): 13.3 kilometer
Tahap
kesukaran: Aku boleh katakan ianya mudah bagi kaki pendaki, tetapi
mungkin agak meletihkan buat mereka yang tidak biasa memandangkan 4287 anak tangga
itu bukanlah jumlah yang sedikit.
Tips: Bawa
sekurang-kurangnya 2 liter air dan sedikit makanan ringan kerana tidak ada satupun
kedai di sepanjang perjalanan. Jika anda akan turun dari gunung pada sebelah malam, jangan lupa membawa lampu suluh kerana keadaan persekitaran kawasan pendakian yang gelap
sepenuhnya pada waktu malam, samada di jalan raya mahupun tangga.
2.
Cara ke Gunung Raya
Buat anda yang gemar dengan pendakian, naiklah dengan tangga. Dan bagi yang tidak sukakan tangga, adalah lebih mudah
dengan berjalan kaki melalui jalan raya.
Tapi sekiranya korang bertanya pendapat aku
sendiri, aku lebih sukakan tangga kerana kita akan memasuki dan melalui kawasan
hutan dan ia tentunya lebih adventure.
Dan satu hal positif tentang jalan
raya pula adalah, jalan tersebut sama sekali tidak pernah sibuk. Berjalan kaki menuju puncak gunung terutamanya bersama rakan-rakan pasti akan lebih menyeronokkan.
2.1
Jika Korang Menggunakan Tangga
Tempat
bermula: Rujuk peta ini
Parkir kenderaan korang di
tempat letak kenderaan Taman Rekreasi Lubuk Semilang.
Berjalan masuk ke dalam taman rekreasi tersebut
dan cari papan tanda yang bertuliskan ‘Tangga Helang seribu Kenangan’.
Sebaik sahaja korang temukan
papan tanda itu, tangga menuju ke Gunung Raya hanya terletak berdekatan dengannya.
Jarak pendakian dengan tangga
adalah sejauh 3.1 kilometer dan anggaran masa untuk menuju ke puncak adalah
selama 2 jam 15 minit. Namun semua itu sebenarnya bergantung pada cara dan
kepantasan anda mendaki. Ketika aku melakukan pendakian solo dengan tangga,
aku telah mengambil masa selama 3 jam, kerana aku banyak berhenti untuk
mengambil gambar dan merakam video.
Satu hal yang korang perlu
tahu: banyak anak tangga yang telah rosak dan belum dibaikpulih sehingga kini.
Ada banyak laluan yang terhalang oleh pokok-pokok tumbang, ada laluan yang tertutup
sepenuhnya oleh tanah runtuh, dan ada pula anak-anak tangga yang telah musnah. Terdapat
juga beberapa bahagian yang sangat curam dan memerlukan kita untuk berpaut dengan
pokok.
Namun aku yakin ia bukanlah
masalah besar buat anda yang sudah biasa mendaki. Kata orang, bukankah perjalanan tanpa
hambatan itu ibarat makanan yang hambar tanpa rasa?
2.2
Jika Korang Menggunakan Jalan
Tempat
bermula: Jalan menuju Gunung Raya
Hanya ada satu sahaja jalan
raya yang menuju ke Gunung Raya, dan korang tidak mungkin akan tersesat atau
tersalah jalan.
Jika anda merancang untuk
mula naik atau turun sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam, pastikan bawa lampu suluh. Ini kerana tiada sebarang lampu jalan di sepanjang jalan tersebut kecuali
di puncak dan tempat bermula.
Jika anda memilih untuk
memandu kenderaan, pandulah dengan cermat dan berhati-hati kerana banyak
selekoh tajam di sepanjang laluan dan tak kurang juga keadaan permukaan jalan
yang tidak begitu mulus.
Bawa juga jaket atau windbreaker untuk dipakai sekiranya perlu, kerana cuaca di puncak jauh
lebih sejuk terutama waktu pagi dan petang. Kebanyakan orang naik ke puncak
Gunung Raya adalah untuk melarikan diri daripada cuaca panas Pulau Langkawi.
3.
Jika Korang Tidak mahu berjalan Kaki
Sebagaimana yang aku tuliskan
di atas, anda juga boleh membawa kenderaan sendiri ke puncak.
Memandu dari Pekan Kuah biasanya
mengambil masa kira-kira 20 minit manakala pemanduan menuju puncak gunung akan
mengambil masa 25 minit.
Anda juga boleh menaiki
teksi atau Grab untuk ke puncak, kemudian turun dengan berjalan
kaki.
Itu juga adalah satu pilihan.
4.
Menara Tinjau dan Tempat Penginapan
Di puncak Gunung Raya, terdapat
sebuah menara tinjau yang terletak di titik tertinggi pulau sekaligus
menawarkan pemandangan indah seluruh Langkawi dan beberapa pulau yang ada di
sekitarnya.
Bayaran masuk ditetapkan pada
harga RM10.
Dan terdapat juga sebuah hotel
di atas gunung – D’coconut Hill Resort jika anda ingin merasai pengalaman menginap di lokasi tertinggi Pulau Langkawi.
5.
Tempat Menginap di Langkawi
Jika anda mahu menginap di kawasan
yang meriah dan berdekatan dengan pantai, tidak ada lokasi yang lebih baik untuk
aku syorkan selain Pantai Chenang.
Ia merupakan lokasi yang paling
popular di Langkawi sekaligus mesra pelancong.
Selain Pantai Chenang, anda juga boleh menginap di Pekan Kuah, iaitu bandar utama bagi Pulau Langkawi.
Penginapan
yang Berbaloi untuk wang: Semak artikel ini
Ada puluhan penginapan 1-2 bintang yang amat berbaloi untuk poket dan juga memberi keselesaan seperti hotel-hotel mahal. Aku telah senaraikan 33 daripadanya yang terletak di seluruh Langkawi.
Harga untuk sebuah bilik
bermula dari RM50.
Penginapan
Bajet: Lihat senarai hostel bagi para backpacker di sini
Harga untuk sebuah katil dorm
bermula dengan harga serendah RM14.
Pernahkah anda berkunjung ke
Pulau Langkawi? Pernahkah anda mendaki Gunung Raya? Jika anda inginkan
aktiviti yang santai dan tidak terlalu ekstrim untuk dilakukan di sini, maka inilah dia sesuatu yang
harus anda cuba. Semoga semua info ini berguna buat anda yang mahu ke Langkawi kelak!
Baca juga: 10 Pantai Terbaik di Pulau Langkawi