![]() |
Aku dibayar sebanyak RM144 untuk 7 unit katrij kosong ini. Boleh tahan bukan? |
Di zaman sekarang, boleh dikatakan sudah ramai orang yang memiliki mesin pencetak atau printer di rumah masing-masing. Umum tahu, harga katrij dakwat atau ink printer yang baru bukanlah murah untuk dibeli. Bagi golongan pelajar, pengajar, mahupun peniaga dalam talian tentu saja sering mencetak pelbagai dokumen untuk urusan harian sekaligus menyebabkan penggunaan ink printer yang tinggi serta meningkatkan kekerapan menukar katrij yang baru pada setiap bulan (atau mungkin minggu?)
Video pendek di bawah akan menunjukkan proses bagaimana aku membungkus semua katrij kosong yang mahu dijual, diposkan, sehingga menerima wang setelah bungkusan yang dihantar selamat diterima oleh pihak pembeli. Pastikan ianya dibungkus dengan baik supaya setiap katrij dapat sampai dalam keadaan yang sempurna. Sekiranya keadaan katrij tidak begitu baik, ada kemungkinan harganya dikurangkan atau bahkan ditolak sama sekali.
Berita baik buat anda yang tinggal di Lembah Klang. Pihak pembeli juga boleh datang ke rumah anda untuk mengambil katrij yang mahu dijual. Ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah untuk membungkus dan mengeposnya. Betapa mudahnya urusan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan