Berikut adalah lapan perjalanan keretapi yang anda
harus cuba salah satunya (atau semuanya) sekiranya anda berpeluang melancong ke
India:
1. Kalka - Shimla Toy Train
Perjalanan menaiki toy train ke Shimla yang menawarkan aroma keterujaan |
Perjalanan dengan keretapi ini terkenal bagi
pelancong kerana pemandangan dramatik yang dapat dilihat dari jendela keretapi
serta laluannya yang berbelok-belok menyusuri bahu pergunungan.
Menaiki
Kalka-Shimla Toy Train boleh diibaratkan sebagai perjalanan menembus masuk ke
jantung alam semulajadi.
Keretapi ini mengambil masa selama hampir enam jam
untuk mendaki dari Kalka ke Shimla, melalui 102 terowong, lebih 87 jambatan,
dan berbelok-belok di sekitar 900 selekoh. Keretapi ini juga telah beroperasi
membawa penumpang melihat ke-majestik-an Himalaya sejak 1903. Cukup lama bukan?
Laluan: Kalka - Dharampur - Solan - Kandaghat -
Taradevi - Barog - Salogra - Totu - Summerhill – Shimla
P.S. Tempahan untuk laluan keretapi ini hanya boleh
dibuat sebulan sebelum tarikh berlepas, tidak seperti tempahan keretapi lain
yang biasanya dibuka dua bulan lebih awal.
2. Qazigund – Baramulla
Perjalanan ketika musim sejuk lebih mengujakan |
Sebuah laluan keretapi yang masih belum diketahui
oleh ramai pelancong, namun indah menyusuri lembah Kashmir. Ini adalah
perjalanan yang sangat patut diambil sekiranya anda melawat Kashmir pada musim
sejuk kerana tiada apa yang lebih menenangkan jiwa selain melakukan perjalanan
yang menyegarkan merentasi hamparan salji di sepanjang lembah Kashmir, dengan
puncak-puncak putih banjaran Himalaya dan pokok-pokok chinar di sekeliling.
Pastikan kamera anda sentiasa bersedia untuk
memotret keindahan pemandangan luar di sepanjang perjalanan dari dalam train!
Laluan: Qazigund - Sadura - Anantnag - Bijbehara -
Panjgam - Avantipura - Kakapore - Pampore - Budgam - Mazhom - Pattan - Hamre –
Baramulla
3. The Desert Queen (Delhi - Jaisalmer Express)
Perjalanan menempuh gurun gersang |
Saya berani untuk mengatakan bahawa pengalaman
membuat perjalanan panjang menyusuri gurun-gurun Rajasthan memang agak luar
biasa, dan jika anda menganggap perjalanan keretapi gurun ini cuma membosankan,
ternyata anda silap. Bahkan perjalanan menaiki keretapi ini akan membuatkan
anda seakan berlayar di samudera padang pasir di mana kesunyian gurun itu
sendiri bakal mempengaruhi jiwa spiritual para pengembara untuk melihat dan
menatap kemonotonan panorama yang gersang. Inilah alam semulajadi yang masih
berdiri dalam keagungan purba, di mana semua perihal dunia moden tidak wujud
sama sekali.
Laluan: Delhi - Jaisalmer - Osian – Jodhpur
4. The Maharaja's Express
4. The Maharaja's Express
Keretapi mewah The Maharaja's Express |
Diundi sebagai "The World's Leading Luxury
Train" sebanyak empat kali berturut-turut, perjalanan dengan keretapi ini
adalah tidak kurang seperti memasuki alam fantasi yang berduniakan permaidani
merah dan teh kelas atasan untuk menemukan semula kegemilangan zaman keanggunan
dan keagungan romantisme.
Keretapi ini melalui lima laluan berbeza yang
merangkumi lebih daripada 12 destinasi sepanjang utara, barat dan sentral India
antara bulan Oktober hingga April.
Laluan: Anda boleh memilih salah satu daripada beberapa
laluan yang ditawarkan:
• The Heritage of India (8 hari 7 malam)
Mumbai - Ajanta - Udaipur - Jodhpur - Bikaner - Jaipur
- Ranthambore - Agra - Delhi
• Treasures of India (4 hari 3 malam)
Delhi - Agra - Ranthambore - Jaipur - Delhi
• Gems of India (4 hari 3 malam)
Delhi - Agra - Ranthambore - Jaipur - Delhi
• Indian Panorama (8 hari 7 malam)
Delhi - Jaipur - Ranthambore - Fatehpur Sikri - Agra
- Gwalior - Orchha - Khajuraho - Varanasi - Lucknow - Delhi
• Indian Splendor (8 hari 7 malam)
Delhi - Agra - Ranthambore - Jaipur - Bikaner -
Jodhpur - Udaipur - Balasinor - Mumbai
5. Goa Express
Keretapi melintasi air terjun Dudhsagar yang megah |
Bagi saya, sebenarnya agak sukar untuk para
pelancong melihat bio-diversiti yang terdapat di Western Ghats dalam satu
percutian singkat melainkan anda adalah seorang long term traveler. Namun
begitu pengalaman menaiki Goa Express yang ikonik ini dapat menawarkan peluang
buat anda untuk membuat perjalanan dengan jendela yang terbuka sekaligus
menyaksikan sendiri keindahan flora dan fauna ketika keretapi ini meluncur menyusuri
banjaran ini yang usianya sendiri adalah lebih tua dari Himalaya.
Laluan: Vasco
da Gama, Goa - Londa, Karnataka
6. The Darjeeling Himalaya Railway
DHR masih beroperasi menggunakan arang batu |
Darjeeling Himalaya Railway atau DHR adalah
pengangkutan yang tertua di antara semua keretapi pergunungan di India, malah
ia juga diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pengalaman menaiki
keretapi ini akan membawa anda melalui beberapa siri landskap, altitud, dan perubahan
iklim yang berlainan.
Circular Loops adalah laluan yang menakjubkan bagi
kereta api ini dan Batasia Loop adalah yang paling terkenal kerana menawarkan
pemandangan Gunung Kanchenjunga (puncak ketiga tertinggi di dunia selepas
Everest dan K2) serta kota Darjeeling yang sangat memukau.
Laluan: Darjeeling - New Jalpaiguri
7. The Island Express (Kanyakumari - Trivandrum)
Hanya warna hijau tropika yang mendominasi pemandangan sepanjang perjalanan |
The Island Express adalah perjalanan singkat yang
membawa penumpang menembusi kehijauan alam tropika, barisan pokok-pokok kelapa
dan hutan belukar. Keretapi ini menawarkan salah satu pemandangan terbaik yang
menghiasi kehidupan perkampungan di Kerala.
Laluan: Kanyakumari - Thiruvananthapuram
P.S. Walaupun dinamakan The Island Express, namun
tiada satu pun bahagian laluan keretapi ini yang melalui pulau. Nama itu telah
diberikan kerana dahulu keretapi ini biasanya menamatkan laluan perjalanannya
di stesen Cochin Harbour Terminus di Pulau Willingdon, Cochin, sehingga
pertengahan tahun 1970.
8. The Sea Bridge Ride (Mandapam - Rameswaram)
Perjalanan keretapi menyeberangi Gulf of Manner |
Selain daripada keseronokan dalam pengembaraan,
Jambatan Pamban - Rameshwaram adalah salah satu kebanggaan bagi kereta api
India. Ia merangkumi lebih dari 2 kilometer dengan 143 tiang jambatan dan akan
memberikan pengalaman dan pemandangan melintasi samudera luas.
Laluan: Mandapam -
Rameswaram
Melakukan perjalanan dengan keretapi sememangnya
mengujakan dan memberi berbagai pengalaman manis dan pahit bagi setiap
pelancong dan pengembara yang melawat India. Pernahkah anda menaiki
keretapi di India dan laluan manakah yang anda sukakan? Kongsikan kepada saya di ruangan
komen :)