Nilgiri Toy Train |
Jika anda berpendapat bahawa Kerala, Goa atau Jammu dan Kashmir adalah destinasi yang menjadi pilihan ramai pelancong ke India, itu memang tidak dapat disangkal lagi. Namun begitu tahukah anda, ketiga-tiga negeri tersebut sebenarnya masih tidak dapat mencabar kedudukan Tamil Nadu sebagai destinasi pelancongan nombor satu di India. Negeri ini telah menyambut lebih daripada 344 juta orang pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun 2016 dan terus mencatat peningkatan pada tahun-tahun berikutnya serta berjaya mengekalkan kedudukan rankingnya di tempat yang teratas sehingga kini, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan India. Tamil Nadu secara harfiahnya bererti 'Tanah Bangsa Tamil' adalah sebuah negeri di Selatan India yang terkenal dengan kuil dan seni bina, makanan, filem dan tarian India klasik serta muzik Karnatik. Bahasa umum yang digunakan di seluruh negeri adalah bahasa Tamil dan bahasa Inggeris di bandar-bandar utama dan ibu kota Chennai. Tamil Nadu adalah lokasi bersejarah pemerintahan kerajaan Chera, Chola, Pandya dan Pallava yang terkenal semasa India purba dan zaman pertengahan.
Dalam siri perjalanan aku di India, aku telah merambah berbagai negeri dan Tamil Nadu telah menjadi negeri yang paling lama aku singgah, iaitu selama lebih daripada sebulan. Melalui pemerhatian aku, Tamil Nadu adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai aspek kebudayaan dan keindahan alam semula jadinya. Ibu kota bagi negeri ini - Chennai (sila rujuk artikel aku yang terdahulu) yang sebelum ini dikenali sebagai Madras, menempatkan lebih daripada dua puluh tapak bersejarah dan struktur warisan. Ia juga terkenal dengan kuil-kuil yang menjulang tinggi serta menawarkan berbagai cerita yang berbeza melalui setiap penampilan dan senibinanya. Selain itu, perihal lain yang tak kurang menarik tentang Tamil Nadu adalah pantai-pantai yang ada di sepanjang negeri ini.
Selain Chennai, berikut adalah lokasi-lokasi yang telah aku jelajahi sepanjang pengembaraan di Tamil Nadu;
Kanyakumari
Terletak di titik terhujung selatan India, Kanyakumari yang mendapat nama daripada Devi Kanya Kumari adalah sebuah daerah yang sebelum ini dikenali dengan nama 'Cape Comorin' ketika zaman kolonial. Ia terletak pada konvergensi tiga samudera; Laut Arab, Lautan Hindi, dan Teluk Bengal. Kanyakumari juga merupakan salah satu lokasi utama penziarahan penganut Hindu selain mempunyai penduduk setempat yang sangat bersahabat. Penyair dan filosofi terkenal India, Swami Vivekananda telah menghabiskan masa yang lama bermeditasi di sini dan oleh kerana itu sebuah monumen besar mengenai beliau dibangunkan di tepi pantai. Mahatma Gandhi turut pernah berkunjung ke Kanyakumari dan tarikan lain yang terkenal di sini adalah makam yang didedikasikan terhadap beliau dalam bentuk Kuil Matahari Orissan. Di sini terdapat fenomena yang jarang berlaku namun ia bergantung kepada keadaan cuaca, iaitu anda berpeluang menyaksikan matahari terbenam dan bulan terbit secara serentak pada waktu senja.

Berlokasi pada titik paling selatan di India, Kanyakumari adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara pertemuan Lautan Hindi, Laut Arab dan Teluk Bengal. |
Pada bulan April dan Mei, anda berpeluang menyaksikan matahari dan bulan berdepan sesama sendiri secara sejajar di kaki langit Kanyakumari |
Kodaikanal
Kodaikanal adalah sebuah lokasi pelancongan tanah tinggi yang berada pada ketinggian 2231 meter di atas paras laut. Ia merupakan sebuah kota kecil di atas bukit di daerah Dindigul. Nama Kodaikanal dalam bahasa Tamil yang membawa maksud ‘The Gift of the Forest’ dan ia turut diberi jolokan sebagai ‘Princess of the Hill Stations’ yang menjadikan lokasi ini sentiasa dibanjiri dengan kunjungan pelancong. Air terjun, cuaca, taman, tasik, flora dan fauna di sini memaparkan berbagai keajaiban alam yang berbumbungkan satu langit yang sama.
Tasik Kodaikanal |
Mahabalipuram
Banyak kesenian ukiran batu peninggalan zaman purba yang boleh ditemui di Mahabalipuram dan Five Rathas adalah salah satunya. |
Madurai
Metropolis yang terletak di tebing Sungai Vaigai ini merupakan bandar ketiga terbesar di Tamil Nadu dan dianggap sebagai salah satu kota tertua di dunia kerana telah menjadi penempatan utama sejak dua millennium silam. Madurai menempatkan sejumlah besar kuil-kuil megah yang jelas menggambarkan bandar kerohanian dan keagamaan bagi penganut Hindu. Bandar ini mempunyai beberapa monumen bersejarah, seperti Kuil Meenakshi Amman dan Istana Tirumala Nayaka. Ia adalah pusat perindustrian dan pendidikan yang penting di Tamil Nadu dan bandar ini juga adalah hab kepada pelbagai industri perkilangan, getah, kimia, dan granit.
Coimbatore
Tugu Adiyogi yang berketinggian 112 kaki di Coimbatore. |
Thanjavur
Big Temple adalah lokasi yang wajib dilawati di Thanjavur. Korang boleh menyaksikan kehebatan senibina di seluruh kuil Shiva ini dan juga taman kecil yang indah di halaman belakangnya. |
Kesempatan meraikan Festival Pongal di Thanjavur bersama penduduk tempatan memberikan aku peluang menonton temasya tahunan yang dianggap kontroversi, Jallikatu. |
Ooty
Ooty berdiri pada ketinggian 7347 kaki di atas paras laut di banjaran pergunungan Nilgiri menjadikan ia sangat sesuai untuk penanaman pokok teh. |
Tiruchirappalli
Rockfort Temple, sebuah kompleks gergasi yang mempunyai banyak kuil. Thayumaanavar, Uchchi pillayar dan Maanikka vinayagar adalah kuil-kuil yang utama di sini. |
Korang boleh menikmati skyline Kota Trichy dari puncak Rock Fort Temple. |
Chidambaram
Chidambaram mempunyai salah satu kuil yang majestik di Tamil Nadu. Kuil ini didedikasikan kepada Nataraja - Shiva sebagai dewa tarian |
Makanan
tempatan yang ditawarkan
Selain daripada idli dan dosa yang sememangnya menjadi makanan yang sangat popular
di selatan India, ada banyak lagi variasi makanan yang boleh korang cuba seperti
medhu vadas dan sambhar. Selain itu masih ada nanjil fish curry, meat madras,
pal payasam, poori masala, dan lain-lain.
Penggunaan daun pisang secara tradisional sebagai alas makanan sangat meluas di Tamil Nadu tidak kira di kedai-kedai makan atau di rumah-rumah penduduk negeri ini. |
Waktu
terbaik untuk kunjungan
Secara umumnya Tamil Nadu bercuaca tropika sepanjang
tahun, maka korang tidak akan merasakan variasi suhu seperti yang korang alami di
utara India. Iklim di selatan India biasanya akan berada di tahap yang selesa dari
bulan November hingga pertengahan bulan Mac, menjadikannya waktu terbaik untuk
korang melakukan kunjungan!
Chennai Central |
Keindahan Ooty |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan