Memaparkan catatan dengan label bigpay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bigpay. Papar semua catatan

Lapan Sebab Korang Perlu Dapatkan Kad BigPay Segera!

 


    Aku ingat lagi masa aku mula keluar mengembara sejak lapan tahun yang lalu, aku memang sudah membiasakan diri untuk tidak terlalu mempraktikkan penggunaan tunai semasa berbelanja, tetapi lebih banyak menggunakan kad debit. Tidak kira sama ada ianya melibatkan amaun yang kecil mahupun besar.

Dan kebiasaan ini menjadi lebih relevan ketika aku berada di Australia dan New Zealand. Bagi aku, kedua negara ini boleh dikatakan sebagai cashless country kerana hampir semua transaksi jual beli di negara tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang wang tunai, walaupun aku hanya ingin mendapatkan secawan kopi yang berharga 1 dollar di pinggir jalan. Justeru, itu yang menjadikan kadar penggunaan kad debit aku begitu aktif sewaktu berada di sana.

Namun salah satu hal yang menjadi kontra adalah kadar tukaran Ringgit Malaysia kepada matawang tempatan yang perlu aku tanggung untuk setiap transaksi yang dijalankan. Ini kerana bank rate adalah lebih tinggi daripada kadar tukaran nilai matawang sebenar. Sebagai contoh, 1 NZ dollar bersamaan dengan RM2.90, tetapi baki akaun bank aku akan ditolak sebanyak RM3.10 untuk setiap dollar yang aku belanjakan melalui kad debit (kadar ini pula berlainan mengikut bank).

Lalu cuba korang bayangkan, selama 7 bulan aku di New Zealand dan 3 bulan di Australia, sudah berapa banyak yang aku rugi untuk kesemua transaksi?

Oleh sebab itu, aku mulai bertukar kepada kad BigPay sejak pertengahan tahun 2018. Dan setelah 3 tahun menggunakan kad ini, jujur aku katakan bahawa prepaid card merangkap e-wallet ini adalah sangat berbaloi dan juga signifikan untuk korang yang minat mengembara seperti aku. Bahkan aku juga ingin merekomendasikan kad BigPay ini kepada korang. Nak tahu kenapa?

  • Pertama, aku boleh tap sahaja kad BigPay ni untuk berbelanja di mana-mana negara serata dunia mengikut kadar tukaran matawang semasa tanpa ada sebarang caj lain. Jadi aku tidak perlu lagi menanggung caj yang agak tinggi sepertimana ketika aku membuat pembayaran dengan kad debit seperti sebelum ini.
  • Kedua, setiap kali aku menempah flight ticket di aplikasi ataupun laman web AirAsia, aku tidak perlu lagi membayar caj tambahan sebanyak RM4 seperti yang biasa dikenakan apabila kita membuat pembayaran menerusi online banking.
  • Ketiga, kad ini membolehkan aku mengumpul big points walaupun melalui penerbangan domestik. Ternyata ia begitu berbeza dengan kad kredit AirAsia yang cuma memberikan ganjaran big points menerusi penerbangan antarabangsa.
  • Keempat, aku sentiasa menikmati diskaun setiap kali membuat add-on untuk makanan/minuman di dalam flight termasuk juga pembelian berat tambahan untuk bagasi.
  • Kelima, aku boleh melaksanakan pembayaran bil yang telahpun tersedia di dalam apps mulai dari bil elektrik, air, telco, internet, hingga pinjaman. Bukan hanya itu, bahkan bil Indah Water juga boleh dijelaskan melalui aplikasi BigPay!
  • Keenam, aku dapat menjimatkan duit apabila menghantar atau melakukan pindahan wang ke luar negara. Sebabnya adalah sama seperti apa yang aku tulis di point yang pertama. Setakat ini, BigPay menawarkan servis pemindahan wang ke sepuluh negara termasuk Australia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Nepal, Singapore, Thailand, Filipina, dan Vietnam. Jadual di bawah memaparkan perbandingan untuk RM10,000 yang dihantar ke Australia dengan Maybank dan BigPay:

Kadar penghantaran wang ke Australia melalui Maybank Telegraphic Transfer vs BigPay

Pindahan wang secara percuma kepada sahabat aku di India

  • Ketujuh, aplikasi Bigpay boleh merekod kesemua sejarah perbelanjaan aku mengikut kategori. Sistem akan mengklasifikasikannya secara automatik. Sebagai contoh, apabila aku menggunakan kad ni untuk membuat pembayaran di kepada foodpanda, ia akan dimasukkan ke dalam kategori food & beverage. Bila aku guna untuk mengisi minyak, ia masuk ke dalam kategori fuel. Dan untuk online shopping pula, ia masuk ke dalam kategori retail. Dan begitulah seterusnya..
Rekod perbelanjaan aku menerusi BigPay dipecahkan mengikut kategori

  • Kelapan, setiap perbelanjaan yang aku lakukan menerusi BigPay membolehkan aku mengumpul Big Points yang boleh ditebus untuk tempahan tiket penerbangan AirAsia. Dulu sebelum pandemik melanda, aku memang banyak terbang dengan AirAsia sebab aku dapat jimat banyak duit tiket melalui pemotongan Big Points. Lebih-lebih lagi bila AirAsia melancarkan final call sale!
Aku baru saja membeli telefon baru di Ali Express awal tahun ini. Selain kadar menikmati exchange rate yang rendah berbanding kad bank, aku juga mendapat Big Points tambahan

Okay aku kira cukuplah dahulu sampai di sini. Sebenarnya ada banyak lagi manfaat kad BigPay yang korang boleh semak sendiri di laman web bigpayme.com

Jadi tunggu apa lagi? Kalau korang turut berminat untuk mendapatkan kad ini, mudah saja. Apa yang korang perlu lakukan adalah dengan hanya memuat turun aplikasi BigPay dari Google Play Store atau dari Apple Store. Cuma 5 minit diperlukan untuk sign up. Caranya adalah dengan mengisi butiran diri seperti yang diminta, kemudian sahkan identiti. Tambah nilai serendah RM5 ke dalam akaun dan itu saja! Korang akan terima kad ini dalam tempoh 5-7 hari.

Akhir sekali, jangan lupa masukkan referrals code 9CRKYWJL78 untuk mendapatkan tambahan RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun secara percuma apabila kad korang diaktifkan!

Nota kaki: BigPay adalah institusi kewangan yang tersedia untuk penduduk Malaysia dan Singapura pada masa ini. Ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Monetary Authority of Singapore dengan protokol keselamatan terkini termasuk cap jari dan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti korang. Baca tips keselamatan di laman web dan di aplikasi BigPay untuk mengetahui bagaimana korang dapat melindungi perincian dan transaksi akaun korang untuk mengelakkan korang daripada menjadi mangsa penipuan.


Kadar pertukaran matawang di BigPay sememangnya lebih baik berbanding bank

Nasi lemak ayam di New Zealand

Search accomodation for your next trip!

Popular Posts

Trip.com

Bangsa membaca bangsa berjaya!

One Way at MYR79!