Reinhold Messner adalah manusia pertama yang berjaya menakluk 14 puncak dan beliau telah mengambil masa selama 17 tahun |
Reinhold Messner adalah manusia pertama yang berjaya menakluk 14 puncak dan beliau telah mengambil masa selama 17 tahun |
Sejak Pulau Langkawi dipilih untuk menjadi perintis bagi gelembung pelancongan dan mula dibuka buat kunjungan pelancong pada 16 September 2021, ribuan pengunjung telah bertandang ke pulau bebas cukai itu setiap hari sehingga kini. Dan meskipun kegiatan rentas negeri juga sudah dibenarkan oleh kerajaan Malaysia pada ketika ini, Langkawi masih menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan sebuah percutian santai di pulau peranginan yang bukan sahaja indah dan cantik malah punya bermacam tarikan. Maka tak hairan, Langkawi bukan sahaja terkenal buat rakyat tempatan tapi juga dari seluruh dunia.
Dengan itu, banyaklah wujudnya hotel-hotel yang menawarkan harga-harga best dan berkonsep menarik untuk dipilih.
Maka untuk post kali ini, aku senaraikan hotel-hotel murah yang terletak di sekitar Pulau Langkawi. Teruskan membaca senarai penginapan murah di pulau ini untuk mencari penginapan yang cocok dengan jiwa anda sekiranya anda merancang untuk bercuti ke sana kelak.
1. Fave Hotel
Lokasi: Jalan Pantai Tengah
Harga bermula dari RM199
Buat tempahan di sini
2. AB Motel
Harga bermula dari RM90
Buat tempahan di sini
3. Nagoya Inn
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM76
Buat tempahan di sini
4. Cenang Plaza
Harga bermula dari RM196
Buat tempahan di sini
5. Bahagia Hotel
Harga bermula dari RM87
Buat tempahan di sini
6. Sandy Beach Resort
Harga bermula dari RM123
Buat tempahan di sini
7. Melati Tanjung Beach Resort
Harga bermula dari RM69
Buat tempahan di sini
8. Langkapuri Inn
Lokasi: Pantai Cenang
Harga bermula dari RM124
Buat tempahan di sini
9. Langkawi Uptown
Harga bermula dari RM71
Buat tempahan di sini
10. Salsa Resort
Lokasi: Temonyong
Harga bermula dari RM100
Buat tempahan di sini
11. Casa Fina
Lokasi: Pantai Cenang
Harga bermula dari RM127
Buat tempahan di sini
12. Citin Hotel
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM89
Buat tempahan di sini
13. Sinaran Motel
Lokasi: Pekan Kuah
Harga bermula dari RM40
Buat tempahan di sini
14. Kuala Melaka Inn
Lokasi: Padang Matsirat
Harga bermula dari RM75
Buat tempahan di sini
15. MyAngkasa Akademi & Resort
Lokasi: Kedawang
Harga bermula dari RM70
Buat tempahan di sini
16. Baron Hotel
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM89
Buat tempahan di sini
17. Kampung Tok Senik Resort
Lokasi: Ulu Melaka
Harga bermula dari RM150
Buat tempahan di sini
18. Eagle Bay
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM103
Buat tempahan di sini
19. Villa Molek
Lokasi: Pantai Tengah
Harga bermula dari RM349
Buat tempahan di sini
20. JS Motel
Lokasi: Pusat Bandar Kuah
Harga bermula dari RM75
Buat tempahan di sini
21. Kelibang Comfort Inn
Lokasi: Kuah
Harga Bermula dari RM89
Buat tempahan di sini
22. Riverra Inn
Lokasi: Padang Lalang
Harga bermula dari RM116
Buat tempahan di sini
23. Panorama Hotel
Lokasi: Ulu Melaka
Harga bermula dari RM68
Buat tempahan di sini
24. Mawanza Motel
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM51
Buat tempahan di sini
25. Cenang Memories
Lokasi: Pantai Tengah
Harga bermula dari RM103
Buat tempahan di sini
26. Matahari Inn Motel
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM50
Buat tempahan di sini
27. Bella Vista
Lokasi: Padang Matsirat
Harga bermula dari RM127
Buat tempahan di sini
28. Hotel Asia
Lokasi: Kuah
Harga bermula dari RM56
Buat tempahan di sini
29. The Gemalai Village
Lokasi: Cenang
Harga bermula dari RM258
Buat tempahan di sini
30. Azio Hotel
Lokasi: Pusat Bandar Kuah
Harga bermula dari RM85
Buat tempahan di sini
31. Delta Motel
Lokasi: Pantai Cenang
Harga bermula dari RM95
Buat tempahan di sini
32. Charlie Motel
Lokasi: Pantai Tengah
Harga bermula dari RM90
Buat tempahan di sini
33. Sunderland Motel
Lokasi: Pusat Bandar Kuah
Harga Bermula dari RM50
Buat tempahan di sini
Sebenarnya terdapat lebih daripada 500 hotel di sekitar pulau bebas cukai ini, namun aku telah memilih hotel murah di Langkawi yang terbaik dan dapat memberikan lebih daripada nilai yang dibayar. Jadi janganlah ragu-ragu untuk memilih salah satu daripada penginapan yang disenaraikan ini ya?
Tapi kalau anda masih ingin mencari penginapan yang berbeza di Langkawi ini, anda boleh melayari laman Agoda untuk melihat banyak lagi pilihan lain yang tiada kesudahannya.
Bagi backpackers yang ingin mencari hostel murah di Langkawi, anda boleh singgah untuk membaca artikel aku tentang 8 hostel di Langkawi yang berharga bawah RM20
Namun sekiranya anda tercari-cari pantai best di Langkawi, jom baca artikel aku bertajuk 10 Pantai Terbaik di Pulau Langkawi.
Inginkan port lepak dan mengopi yang hipster dan Instagramable? Aku cadangkan untuk anda pergi berkunjung ke sebuah kafe unik merangkap galeri seni dan hostel yang terletak berdekatan dengan Kota Mahsuri. Kalau nak tahu apa yang best dekat situ, baca artikel aku tentang Rumah Mawart.
Hotel sudah dipilih, tibalah masanya untuk anda memulakan eksplorasi ke berbagai destinasi menarik yang terdapat di sekitar Langkawi. Selepas menghabiskan sebulan penuh di pulau ini Oktober lalu, aku baru sedar yang kita tak mungkin dapat meneroka kesemua lokasi menarik di Langkawi dalam sebuah kunjungan singkat kerana pulau ini menawarkan terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Jadi jika anda pening untuk memilih aktiviti apa yang mahu dilakukan, mencari kereta sewa, atau mendapatkan tiket masuk bagi tempat-tempat lawatan, dapatkan saja di Klook travel.
Walau dimana pun anda merancang untuk pergi pasca pandemik ini, semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang terindah di Langkawi.
P.S. Sudahkah anda mendapatkan baucar RM50 daripada Firefly? Jika belum, dapatkan segera di sini!
Selamat datang ke Rumah Mawart |
Pengalaman mendulang ilmu dan
kemahiran sebagai barista ketika di Australia beberapa tahun yang lalu
mendorong Ujay Omar Zaki, 30, memendam hasrat untuk menceburi bidang perniagaan
dalam industri makanan dan minuman.
Kini, sang pengembara itu
berjaya merealisasikan impiannya dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Rumah Mawart yang tersembunyi di suatu sudut Kampung Mawar, terletak tidak jauh dari
Kota Mahsuri dan berkonsepkan galeri dan bengkel seni merangkap hostel buat backpackers.
“Trend orang muda sekarang suka mengambil gambar dan berkongsi di
media sosial memberi idea kepada saya membuka kafe ini, malah pengembaraan
sebelum ini yang telah membawa saya bepergian ke berbagai belahan dunia memberi
inspirasi kepada saya untuk membuka kafe dan hostel di sini,” katanya.
Uniknya Rumah Mawart ini,
dinding dan lantainya menggunakan kayu kerana ia bertemakan rumah melayu klasik yang memaparkan suasana hijau kampung di luar jendela dan didekorasikan dengan
bermacam barangan antik di beberapa bahagian kafe. Semua itu adalah hasil
tangan Ujay dan seorang rakan kongsinya yang mesra disapa dengan nama Lan.
Berkongsi cerita, pemuda
kelahiran Kelantan ini yang gemar menjelajah ke ‘tempat orang’ sudah mengembara
sejak usia remaja dan telah mengunjungi negara-negara Asia Tenggara hingga ke
Timur Tengah sekaligus memberi ilham kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan galeri
seni dan hostel itu.
“Sebenarnya kafe ini baru saja
beroperasi sejak empat bulan yang lalu,” ujar Ujay, “sebelum ini Rumah Mawart
adalah sebuah studio seni bebas yang telah dibuka sejak tahun 2015.
Bengkel seni disediakan buat pengunjung yang ingin belajar melukis Antara hasil lukisan pengunjung terdahulu yang menghiasi dinding bengkel
“Pada asalnya studio ini
dikendalikan oleh saya dan Lan, dan kami hanya menawarkan produk-produk tentang
seni lukisan. Selain itu kami juga mengajarkan pengunjung cara menconteng batik
selain menawarkan pelbagai jenis batik untuk dijual, serta barangan kraftangan
yang lain,” tambahnya lagi.
Sejak penubuhannya, Rumah
Mawart tidak hanya menawarkan servis dan produk seni mereka di Pulau Langkawi, malahan
menjalin kerjasama dengan kompleks kraf, hotel-hotel, dan turut terlibat dengan
pelbagai exhibition di sekitar
semenanjung Malaysia.
Sebagai seorang penggemar
kopi, Ujay telah banyak mencuba bermacam jenis minuman kopi di setiap negara
yang disinggahinya. Namun pengalamannya meminum kopi di Indonesia telah
memberinya ilham untuk membuka perniagaan kafe dan dia terus memendam impian itu
hinggalah dia berhasil mempelajari teknik-teknik barista semasa di
Australia.
“Sejak Langkawi dibuka pada 16
September yang lalu, Rumah Mawart sedia menerima pelanggan yang ingin menginap
di sini. Buat masa sekarang, kami mempunyai 8 katil bagi dormitory dan sebuah private
room,” terang Ujay.
Ketika menyediakan kopi, sang barista akan turut bercerita
Variasi biji-biji kopi yang
dikisar di sini datangnya dari berbagai penjuru dunia seperti Toraja
(Indonesia), Santos (Brazil), Santa Ana (El Salvador), dan Dalat (Vietnam). Selain
minuman kopi, Rumah Mawart juga menyediakan pelbagai juadah pencuci mulut yang
terdiri daripada kek dan puding bermacam perisa.
Ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini, alangkah terujanya aku tatkala mendapati yerba mate juga turut ditawarkan di kafe ini. Mate, juga dikenali
sebagai chimarrão atau cimarrón merupakan sejenis minuman seduh berkafein yang dihasilkan
dalam kalangan orang-orang Guaranà dan Tupà di benua Amerika Selatan; ia
dihasilkan daripada daun tumbuhan spesies Ilex
paraguariensis serta dihidangkan dengan bekas dan penyedut khas. Minuman
ini terkenal sebagai minuman kesihatan. Ia biasanya diminum di Argentina di mana
ia dikenali sebagai ‘minuman kebangsaan’ negara tersebut.
‘Mate’ berasal dari perkataan
Bahasa Quechua ‘mati’ yang merujuk kepada sejenis labu (Lagenaria vulgaris).
Mengulas lanjut, Ujay dan Lan mula
mengusahakan penjenamaan semula Rumah Mawart selepas beliau kembali ke tanah
air pada tahun lalu.
“Memandangkan situasi pandemik
yang masih belum memungkinkan saya keluar mengembara, ditambah pula dengan
ketiadaan pelancong ke Langkawi yang menjejaskan aktiviti seni Rumah Mawart,
kami berpendapat inilah masa sesuai untuk ‘kasi jadi’ idea perniagaan yang
telah dirancang sejak dulu.
“Sepanjang tempoh PKP yang lalu,
saya bersama Lan berkongsi melaburkan duit simpanan sendiri sebagai modal untuk
mengubah spektrum bisnes kami. Bermula dengan berdua, kini kami sudah berenam,”
kata Ujay.
Ujay mengakui pada permulaan
perniagaan, ia tidak begitu memberangsangkan berikutan sektor pelancongan domestik
masih belum dibuka.
Namun, sejak Langkawi dipilih
menjadi perintis bagi gelembung pelancongan, ditambah pula dengan bantuan pelanggan-pelanggan
kafe yang mempromosikan Rumah Mawart melalui media sosial, telah menjadikan kafenya
semakin dikenali ramai.
Malah, anak ketiga daripada 20
beradik ini sekarang sudah mula tersenyum lebar apabila jualan makanan serta
minuman di kafenya kini melonjak naik apabila menjadi tular.
Mengakhiri perbualan, Ujay sempat
mengatakan bahawa jiwa petualangannya masih belum padam dan dia mempunyai impian
untuk mengunjungi dan melihat sendiri kehidupan di Afghanistan selepas Taliban
merampas kembali negara itu daripada kerajaan terdahulu.
Namun buat masa ini, dia mahu fokus
dengan perniagaannya terlebih dahulu sehingga ianya benar-benar stabil sebelum
dia menggalas backpacknya semula dan kembali
menjengah dunia yang luas.
Bersama Ujay Ruang bacaan Bilik dormitori
Jangan lupa berkunjung ke Rumah Mawart sekiranya anda bercuti di Langkawi kelak! |